Hanyut; Nyaris Lemas!
Bagi melengkapkan tugasan subjek pengajian bagi semester ni, semalam saya bersama rakan-rakan ke SK Betau yang merupakan sekolah murid-murid orang asli. Sebelah petangnya selepas ke rumah Tok Batin, kami mengikut perancangan ke sungai bersama murid-murid orang asli.
Teruja melihat rakan-rakan yang lain bersama murid-murid orang asli bermandi-manda di sungai, saya pun mendapatkan jaket keselamatan bersama empat lagi rakan. Oleh sebab antara kami ni semua tak tahu berenang, jadi kami pun main air di tepian. Tak lama lepas tu, ada kanak-kanak orang asli naik rakit menikut arus sungai. Wah, menarik!
Dek kerana teruja,kami pun naik sama, saat melalui tempat rakan-rakan lain bermain tadi, mereka turut sama menumpang, totalnya 9 orang yang naik rakit tersebut. Seronok? Jangan tanya, memang seronok! Arus sungai yang sangat deras pun kami tak perasan.
Bila dah sampai di tali keselamatan yang merentangi sungai di jeti tu, keadaan jadi kelam kabut. 9 orang pegang, tali tu pun dah turut sama tenggelam dalam air. Kalau pegang, muka masih tersembam dalam air. Saya tak tahu la berapa liter air sungai yang dah saya telan, campur pula yang masuk melalui hidung.
Saya pegang tali keselamatan tu, bertahan melawan arus untuk memberi peluang rakan-rakan yang lain naik ke tebing. Dalam masa menunggu rakan lain, rakit yang berpusing tadi melanggar dan merempuh muka saya, tercalit juga goresan darah di pipi kiri. Sama ada menyelam untuk memberi laluan rakit tu hanyut dan panjat semula atas tu, saya pilih untuk panjat panjat dan turun semula. Pening!
Paling fobia bila ada rakan saya terselam dalam air, dagunya tersangkut pada tali yang tenggelam dalam air, lagi-lagi bila dia tak pakai jaket keselamatan. Cuba membantu, tapi tak terdaya bila arus sangat deras. Mujur kepalanya daripada tersangkut pada tali dalam air tak lama lepas tu. Lama bertahan melawan arus, saya dah makin tak larat. Satu tangan dah terlepas daripada pegang tali tu. Penat...
Rakan lelaki dari unit Pengajian Matematik turun membantu. Tiqz pun turut sama turun ke dalam sungai. Saya benar-benar tak larat. Daripada memaut sehinggalah dipaut, saya saya hanya ikut arahan rakan, tu pun hanya yang termampu. Berulang kali rakan mengarahkan saya supaya berpegang pada tali, namun saya tak mampu nak heret tangan kiri saya melawan arus untuk pegang tali tu semula.
Mula saya dapat kekuatan bila rakan membantu heret tangan kiri saya ke tali tersebut. Bila semua rakan dah naik ke tebing, barulah saya boleh bergerak ke kanan sungai memandangkan saya adalah mangsa yang berada paling kiri. Alhamdulillah, mangsa terakhir yang diselamatkan juga terselamat daripada hanyut dalam deras arus sungai.
Sebesar-besar penghargaan buat rakan-rakan yang membantu, Tiqz, Fadzli, Fahmi Yusuf, Fendi, Ridha, dan lain-lain. Pastinya budi kalian tak mampu dinilai jika saya hitung... Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Terima kasih...
P/s: Kami trip kedua yang hampir lemas. Gambar tu masa mula-mula melepasi tali, lepas tu dah tak ada yang nak snap gambar, semua dah kalut turun menyelamat. Pengalaman adalah guru yang hebat!
nasib baik semuanye selamat... :)
BalasPadamYa Allah...ni lah insidennya awak?
BalasPadamTakpe, harap lepas ni sentiasa beringat..benda dah jadi, kita jadikan pengajaran.. Alhamdulillah, semuanya selamat..
Ya Allah...ni lah insidennya awak?
BalasPadamTakpe, harap lepas ni sentiasa beringat..benda dah jadi, kita jadikan pengajaran.. Alhamdulillah, semuanya selamat..
wah suspen nya... apapun syukur semua selamat
BalasPadampengalaman ... ~.~
BalasPadamalhamdulillah..semuanya selamat.. =)
BalasPadamalhamdulillah..semuanya selamat.. =)
BalasPadamalhamdulillah semua selamat..setuju tentang pengalaman adalah antara guru yg baik
BalasPadamalhamdulillah...
BalasPadamsumenya selamat...
better careful nex tyme my dear:)
BalasPadamAlhamdulillah...cemas jugak membaca tadi
BalasPadamalhamdulilah semua selamat..bahaya laa sungai ni.dulu org cko laut bahaya..skang ni dua2 bahaya ok...
BalasPadamWow pengalaman tu....alhamdulillah semuanya selamat :)
BalasPadamsyukur takde kemalangan jiwa berlaku..
BalasPadamnasib baik selamat..:)
BalasPadamdla pnh wat camtu tp xdela smpai ramai2 gayut kat tali..sbb tu jd ade yg hmpir tnggelam kot..Alhamdulillah sume samat =)
BalasPadamcam best jer...hehehe. tp kene lebih ati2 lah...^_^
BalasPadampergghh..kalau akak dah cuak giler tu..nasib x de apa2 kan...apa pun jaket keselamatan sgt penting ye anak2...
BalasPadamwaaa,klu sye da trauma tahaptk leh tgk air da ni...
BalasPadamfuh..!!! cemasnya!
BalasPadammujur u selamat!
salam...
BalasPadamalhamdulillah...selamat..
tq singgah dan komen blog saya...
alhamdulillah..nsib baik slmt..suspen tul..
BalasPadamAlhamdulillah... umur kamu masih pnjg.. =)
BalasPadamlain kali beringat2 la sama eh..
Mencemaskan...
BalasPadamNasib baik semua selamat...
Bahana Valentine Day
berhati2lah selalu ye. Jgn sampai seronok mengundang maut lak.
BalasPadamsyukur alhamdullilah semuanya selamat. jgn serik mandi sungai lagi ya ;)
BalasPadamsalam..
BalasPadamalhamdulillah..
di panjangkan usia
untuk kita bertemu
di sini kan..moga
anda selalu sihat
ya allah.. scarynya.... eiiish.. lepas2ni sila hati2 sikit ok! hhehehhehe
BalasPadamadoiii dikkk tgk pic punn dah serammm
BalasPadamhuhu akak nie x pandai berenang kalau tmpt mcm nie memang akak elakkan huhu
tu kalau gi sungai hubby lahh melayan anak2 sbb akak x der skill dlm sungai @ air nie huhuhu
sibbb baik x der perkara buruk berlaku .. mohon dijauhkan :)
macam seronok je mula2.tp nasib baik semua selamat:)
BalasPadampengajarannya kena belajar berenang lepas ni utk kemahiran asas keselamatan air.
BalasPadamadesss...tkutnye..Alhamdulillah slamat.
BalasPadamsalam
BalasPadamkalau syira kat situ mesti histeria tu...huhu...
alamak, background kat belakang tu syira baru je download, niat nak guna, tapi belum sempat lagi, dah guna kat sini, mmg cun..hijau cun ..heheh
alhamdulillah....semua selamat...
BalasPadam