Header Ads

  • Latest Posts

    Mimpi dan Cinta Dalam Susunan Kata

    Mimpi tetap mimpi walau seindah mana ia terlakar sehingga membuatkan kamu senyum atau tertawa, melainkan ia menyapa kewujudan menerusi hakikat dan kenyataan. Lantas mengapa harus kamu memeluk tubuh di situ tanpa melakukan apa-apa meski kamu telah membayangkan apa yang kamu perlu dalam kehidupan kamu?


    Cinta hanyalah semata-mata susunan kata. Melainkan kamu menemui kata itu di dalam mata insan yang istimewa dalam hidup kamu, yang menghargai kehadiran kamu di dalam hidupnya dan yang menerima kamu seadanya. Hargai selagi kamu miliki. Jangan pula berlarutan menangisi sekiranya ia pergi kerna yang pergi itu sudah pasti seharusnya pergi.

    P/s: Cinta lama menjelma lagi, haruskah diterima meski ia telah berkali-kali menyakiti?

    20 ulasan:

    1. apa kata hati? pilihlah yg terbaik~

      BalasPadam
    2. Patrikan Cinta pada yang empunya ..

      BalasPadam
    3. >> shanas:

      hati trkdg ragu2~
      >_<

      BalasPadam
    4. >> relevan:

      insyaallah kmbalikn pd sang Pencipta ^^,

      BalasPadam
    5. persahabatan lebih indah dan menenangkan ^^

      BalasPadam
    6. bagi peluang kedua...tp baik xpayah, kang sakit lagi...

      BalasPadam
    7. rinduuuunyaa..lama x jenguk blog ni..hheheheh

      BalasPadam
    8. hehehehhe...
      peluang kedua..
      mungkin lebih menghragai dr perhubungan yang dlu...

      BalasPadam
    9. abang relevan tu pernah mimpi dipatuk ular he3......

      BalasPadam
    10. bagi gua cita itu sama macam sambal belacan

      BalasPadam
    11. tanyer hati dulu...pastu baru pikir nk terima ke tak...hehehe

      BalasPadam
    12. terpulang.. tepuk dada tanya iman.. lebih baik istikharah... jgn jadi seperti sireh junjung letak di kaki

      BalasPadam
    13. doa byk2+solat istikharah mana taw dpt petunjuk kan..

      BalasPadam
    14. sdap bait2 kata dlm entry ni ayu... em.. ayu.. jgn runsing.. tny hati, syg lg tak kat die. kalo syg, akk cdg beri lah die peluang.. jika die buat lg kesilapan sma kelak, tgglkan shja...

      BalasPadam
    15. buat istikharah lah awak..

      tanya sama hati, kalau masih ada sayang.. teruskan lagi..perbaikilah hubungan tu sebaiknya..berbincang dan terus-terang tentang pe yang disukai dan tak disukai.

      P/s: Moga sentiasa yang terbaik. All the best.

      BalasPadam
    16. selalu mimpikan dia tp rasa mustahil utk milikinya. selalu terserempak tp msg2 seakan mengaggap dia tahu dan dia rasa. Bila berlalu, tertanya2 knp tak tegur??? ;) hehehe

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728