Ayat Putus Cinta
Cinta memang kadang-kadang boleh buat manusia jadi macam lembu, tak mampu berfikir dengan baik. Orang bagi hint nak ucap goodbye pun masih nak jadi kacang menggelembu. Ya, bila terlalu taksub, mata dan hati terus jadi buta. Lagi parah bila buta untuk menilai bahawa si dia langsung tidak perlu atau mahukan kita lagi.
- Saya sayang awak, tapi nak buat macam mana, kita macam tak ada jodoh untuk bersama. Cakap sahaja yang kamu dah ada awek/balak lain yang kononnya jodoh kau tu.
- Awak terlalu baik untuk saya. Awak berhak untuk dapat kekasih yang jauh lebih baik daripada saya. Hai dah 10 tahun couple baru tahu yang awek/balak kau tu baik? Yang kau pula tak ada keinginan nak jadi baik?
- Saya cuma anggap awak sebagai kawan, tak pernah lebih daripada tu. Hmm kawanlah, supaya mudah kau nak order sirap limau, nasi ayam? Mudah nanti kau nak keluar jalan-jalan tanpa hubungi teksi?
- Saya masih belajar, saya nak tumpukan perhatian kepada pelajaran saya dulu. Ada orang suruh kau bergayut 24 jam sehari sampai nak berakpun kena lapor diri?
- Saya perlukan ruang dan masa, perjalanan masih jauh. Macho benar ayat kau. Supaya senang nanti bila jumpa yang lebih baik, kau tinggalkan minah/mamat tu terkontang-kanting?
- Mak saya suruh saya kahwin dalam tahun ni juga, tapi awak masih belajar. Saya terpaksa cari calon isteri yang lain. Mak kaulah sangat. Mak kau yang nak sangat atau kau yang dah sangap?
- Kita tak sehaluan, kehidupan kita jauh beza, macam Marikh dengan Pluto. Hello, setelah berapa lama kehulu kehilir sama-sama baru nak perasan?
Kadang-kadang ayat macam comel, buat kamu lagi sedih untuk berpisah, walhal itu semua adalah satu rencana. Kalau dah benar-benar cinta, tiada alasan untuk meninggalkan kecuali sememangnya takdir Tuhan.
P/s: Saya akan senyum supaya awak fikir saya sedang bahagia, saya akan ketawa supaya kamu tak nampak saya menangis, saya akan meninggalkan kamu dalam keadaan paling bergaya walaupun ia membunuh saya, saya akan senyum.
haa!! baru boleh
BalasPadambetoi2..sume poyo..xske ckp je xske..jgn cr alasan len..pling yampah ayat nak kwn je tu..eeeuuuu~
BalasPadamsalam..
BalasPadamermm..bunga bukan sekuntum
dan kumbang pun banyak..jadi
tak perlulah bersedih..anda pun
muda lagi kan?banyak masa dan
ketikanya untuk bertemu cinta
yang sejati..jeng..jeng..jeng
:)
@ syazwan safwan:
BalasPadamboleh senyum :)
@ ~ miSs rAkinAh ~:
mengayat memang hebat
sembang pun jadi lebat ^^
@ zulkbo:
Salam. jeng3.. bang, carikan sorang
boleh tak?????????????????? :P
isk3..itu la kalau dah taknak..cakap jer terus terang.takyah bunga2..haishhh..
BalasPadamni x lain x bukan nak cover line je...dah bosan mengadap,sepah dibuang la..
BalasPadamYe, betul saya pun buat perkara yang sama.
BalasPadam"bukankah Allah itu Pemegang Janji yang Maha Hebat? "
no 6 tu tak tahan..dia yang sangap,kata mak dia pula..heheee
BalasPadamsuka3 enty ni^^
@matsen
BalasPadambersepah2 jadinye.. huhu
@apik pehe
tu konsep ayt nk manis je, hehe..
@Woofer Storm
BalasPadamhew.. macam sweet gitew ;p