Header Ads

  • Latest Posts

    Kisah Cinta Lia

    Dengarkanlah kisah cinta Lia,
    Gadis idamanku zaman remaja,
    Jalan nyata semanis cinta biasa,
    Namun akhirnya terus berbunga,
    Cinta lahir dari rasa benci,
    Cinta lahir dari sebuah puisi.
    Namun kisah tak kekal selamanya,
    Cuma ia sewaktu remaja,

    Mentari cerah beralun kicauan burung meriah, aku teringat indahnya zaman sekolah, di sana terlihat sekumpulan gadis popular, di atas anjung pula terlihat kumpulan gangster, hari pertama biasa hari kenalan, sorang perseorangan nama diperkenalkan, terdapat ramai gadis manis dalam kelasku, bagai sekumpulan ratu cantik sedang beratur, mata lekat pada sorang gadis bernama Lia, ramai jejaka di sekolah gaduh rebutkan dia, tahunya begitu aku terus buang harapan, tak mahuku jadi mangsa pukul kerna perempuan, namun terkejutku dengar cerita yang telah tersebar, Lia terpikat padaku inginku jadi pacar, tiba-tiba tina kata jangan terus percaya, Lia cuma tunjuk dia boleh pikat semua jejaka.


    Dengarkanlah kisah cinta Lia,
    Gadis idamanku zaman remaja,
    Jalan nyata semanis cinta biasa,
    Namun akhirnya terus berbunga,
    Cinta lahir dari rasa benci,
    Cinta lahir dari sebuah puisi.
    Namun kisah tak kekal selamanya,
    Cuma ia sewaktu remaja,

    Sah memang benar, Lia dah dicabar, kalau dapat aku dalam satu minggu menang besar, kalau kalah, Lia kena hukum, beli makanan untuk kawan-kawan sedia maklum, dan hari isnin, Lia mulakan strategi, dia cuma ada masa dalam 5 hari, Lia dekat padaku, duduk di sebelah, minta aku tulis puisi untuk letak dalam majalah, aku kata boleh saja sambil beri muka selamba, esok hantar kalau idea sudah ada, loceng pun berbunyi, lalu aku terus beredar, tinggalkan Lia di belakang dengan muka kecewa, tinggal satu hari, godaannya takku layan, Lia putus asa dan tunjukkan muka bosan, Lia kata tak pernah dia jumpa orang sepertiku, sombong mengada-ngada jual mahal nanti tak laku…


    Dengarkanlah kisah cinta Lia,
    Gadis idamanku zaman remaja,
    Jalan nyata semanis cinta biasa,
    Namun akhirnya terus berbunga,
    Cinta lahir dari rasa benci,
    Cinta lahir dari sebuah puisi.
    Namun kisah tak kekal selamanya,

    Dan hari itu aku hantar puisi di mejanya, puisi tentang cinta yang bukan mainan semata, di situ ku tulis bahawa aku tahu niatnya, namun tetapku luahkan rasa cintaku padanya, Lia mula sedar, dan memohon maaf padaku, tapi dalam mainan dia benar cinta padaku, cuma terlalu payah egonya untuk mengaku, tapi ku tak kisah, yang berlalu biar berlalu, yang pasti cinta kami mula bersemi, ponakan asmara disirami setiap hari, ramai tak percaya,nyata Lia telah berubah, perubahan dari gadis terpopular dalam sekolah, dia serahkan cintanya cuma hanya untuk diriku, lalu ramai rasa benci ramai juga rasa cemburu, budak lapor kami berduaan di tempat sunyi, hingga kami dibuang sekolah, dan tak pernah jumpa lagi…

    Dengarkanlah kisah cinta Lia,
    Gadis idamanku zaman remaja,
    Jalan nyata semanis cinta biasa,
    Namun akhirnya terus berbunga,
    Cinta lahir dari rasa benci,
    Cinta lahir dari sebuah puisi.
    Namun kisah tak kekal selamanya,

    P/s: Orang dah berzaman dengar, tapi saya baru jumpa. Heh, lagu ni comel!

    12 ulasan:

    1. suka baca cerita nie!

      ayat dia sangat sastera kan..menarik heee ;)

      BalasPadam
    2. >> mary ann ;):

      ayat dia comel!
      ^^,

      BalasPadam
    3. lagu ni...dlu suka dengar adik2 pasang =)

      BalasPadam
    4. >> misznanarizal:

      uhhu yunk, kte bawu dgr..
      ngeee~

      BalasPadam
    5. hehehe..apik rasa apik pon belom penah dengar

      BalasPadam
    6. lagu ape ni?nak play xleh, tenet selow sgt kot..huhu..

      BalasPadam
    7. lgu niw best,,,nme un nk dkt nme sy,,sy da lme dga lgu nie,,,best gler

      BalasPadam
    8. >> d_LA:

      lgu kisah cnta lia la yunk,
      hehhee..

      BalasPadam
    9. >> liya:

      hehe kte bru jmpe..
      ntah2 liya yg watak lam lgu tu x?
      ;)

      BalasPadam
    10. lagu pe ni? xleh play la...tenet slow kot...len kli try buka smula~

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728