Melayu Ketinggalan Akibat Dokumentasi
Lama benar tak jenguk blog. Sibuk mungkin. Boleh jadi malas. Tapi ketepi sahaja, nyatanya saya ada. Terus berada dalam ruang lingkup munsyi, akhir-akhir ini saya sering diingatkan tentang menulis, tulisan, penulisan. Pada saya semuanya adalah menjurus kepada pendokumentasian.
Melayu. Campuran pelbagai, banyak peninggalan, akhirnya jadi warisan. Namun ramai mana yang menghargainya? Bukan minta diagung, namun sekurang-kurangnya janganlah diperlekehkan. Saat mencari bahan untuk rujukan pembelajaran, saya banyak jumpa penulisan orang Inggeris, jika jumpa dalam bahasa serumpun pun, kebanyakannya penulisan orang Indonesia. Di mana orang Melayu kita?
Mat saleh, sekecil-kecil sesuatu direkod dan disimpan, apatah lagi sebesar-besar penemuan? Orang-orang lama kita dahulu banyak tinggalan, bermula daripada bait mendodoi bayi hinggalah ilmu pertahanan diri. Tapi semuanya seolah-oleh senyap, lenyap. Ditinggal zaman?
P/s: Antara Silat dan Taekwando? Tepuk dada, tanya selera.
saya setuju benar...
BalasPadamtakkan melayu hilang di dunia. hehehe.. =)
BalasPadamAdakah kerana masyarakat Melayu kita sendiri yang kurang membaca menjadi penyebab dokumentasi kurang dihasilkan? Apabila tiada yang sudi membaca maka, keghairahan untuk didokumentasikan pun turut kurang..
BalasPadamApa pun, setuju dengan entri ni..
betul2..sejarah sndri kdang xdhargai
BalasPadamsayang itu terlalu halus untuk di perlihatkan..
BalasPadamerrk silap entri lak komen.
BalasPadam