Header Ads

  • Latest Posts

    Sembunyi Kata Saat kau Terluka

    Teman, aku sedar kamu sedang sedih tertindih luka. Berterusan kau menangis. Aku biarkan. Sesekali air mata aku jua tertumpah, aku tak rela dia buat kau macam sampah. Benar, semuanya telah berlalu.

    Malam dan siang kau kuyup air mata, seolah sudah tiada apa. Teman, aku ada. Sentiasa ada meski bahuku lenjun air mata, aku tetap teman kau. Biar apa yang aku kata, kau tetap terluka. Aku pilih untuk sembunyi kata, biar bisu semua. Cuma yang aku mahu kau tahu, aku ada untuk kau bisikkan apa jua yang kamu perlu.

    P/s: Aku pasti suatu hari nanti kau akan menerima. Aku doakan moga saat itu cepat-cepat menjelma.


    6 ulasan:

    1. insyaALLAH..susah nak cari teman yg sama2 senang dan susah.

      BalasPadam
    2. biarkan rasa yang lalu itu padam ..
      biarkan rasa yang dirasa dulu hilang ..
      moga dapat bernafas dalam dunia kita sendiri ..

      BalasPadam
    3. @Hishyamuddin
      Kalau susah mencari,
      kita cuba pula menjadi :)

      BalasPadam
    4. @Cik Gadis ^^,
      Biarkan jika ia tidak lagi
      MENYAKITI :)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728