Header Ads

  • Latest Posts

    Kawan Macam Bangkai

    Kawan ni ada macam-macam jenis. Jangan layan sangat kalau orang berkawan dengan kita sebab sesuatu kepentingan, lambat laun nanti dia akan kecewakan kita. Bila? Bila kita dah tak jadi kepentingan buat dia, masa tu usahkan nak minta tolong dia, batang hidung pun dah tak nampak.

    Kita sebagai kawan ni pun kena faham, kawan kita tu ada kehidupan dia yang tersendiri, bukan 24 jam boleh ada dengan kita. Sebab tu kita perlu ada ramai kawan, supaya nanti hidup tak bosan. Jangan nak sombong sangatlah, dah pakai kaca mata, jalan lenggang-lenggang sampai terlanggar orang pun kita buat tak tahu, siap jeling lagi, itu masalah. Oh, no .No. No. Tak elok.

    Tapi kadang-kadang kita akan jumpa kawan yang jenis tak habis-habis nak sakiti kita. Nampak tenang-tenang air, konon-konon tak ada buaya. Depan kita memang nampak jelita, pendiam sahaja, di belakan lain cerita, mulutnya sungguh puaka. Apakah?

    Bila salah yang dia buat tu betul-betul nyata dah kantoi, pandai minta maaf. Itu kita kena puji, bagus. Tapi tak sampai 24 jam, dia buat lagi. Lagi ... dan lagi. Kadang-kadang kita rasa nak hantuk kepala dia laju-laju kat dinding supaya dia lupa untuk ulangi perkara sama yang menyakitkan tu. Tapi kita siapa? Sudah, diam-diam sahaja, doakan dia tak lagi kacau kita.

    P/s: Kau ada kawan macam tu? Sekarang saya nak tanya, "kucing kau dah mati, kau nak simpan lagi?"

    11 ulasan:

    1. Pernah ade sorang, tapi dah tak kawan dah...

      BalasPadam
    2. apepun bersangka baik jerlah kan..baik pun kena berpada-pada jugak

      BalasPadam
    3. Waktu susah baru tahu siapa kawan yg sebenarnya..

      BalasPadam
    4. huhu, ada je prnah jumpa kwn mcm tu.. skrg pun tgh hati2 bila brkawan n tak buat baik sgt... t kena pijak.....sakit

      BalasPadam
    5. huh..geram neh geram kawan begitu...heheh

      ila ada kawan..y suka menunjuk2 dgn ila...napa tah dia dengki dgn ila...

      apa pun..kena pndai pilih kawan..kdg2 kwn y kita dapat mmg serasi n perangai cm kita gak..;)

      BalasPadam
    6. pernah ada kawan.. sekali kita tlg.. dah dia tak abis2 pula minta tlg. Alih2 pasal kawen x jemput punya pasal.. trs x nk bertegur sapa. Kita ada alasan sendiri.. tp kita x kisah kalau pasal tu org nk jauhkan dr kita sbb kita takde terhutang budi dgn dia apa2.. bg pihak dia sendiri pk la, kan..

      BalasPadam
    7. byk dah kawan aku jd lawan.. sobss

      BalasPadam
    8. huuu
      byk kwn yg makan kawan ni
      cm bunge raflessia dok mkn lalat tu
      hehehee

      sabo jela
      tamo pilih kawan
      tapi bijak dlm berkawan =]

      BalasPadam
    9. ad kwn ibarat baju,,baru pakai,lusuh buang,,
      ad kwn ibarat payung,ada senang hati,hujan pakai,,
      apa pun,brsabarlah dlm brkwn.. :)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728