Header Ads

  • Latest Posts

    Pilih Jalan Untuk Menyerah

    Semalam. Ya, semalam kawan saya datang KB. Memang gembira tapi susah hati sebab hujan lebat di rumah saya. Tapi kalau hujan turun ni jangan kutuk sebab Tuhan tak turunkan hujan untuk sia-sia, kalau tuhan bagi kemarau sepanjang tahun, macam mana?

    Dikhabarkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda berkata:”Semoga hujan yang bermanfaat.” - al-Bukhari

    Ajak cinta hati saya pergi sama supaya saya tak mengarut pilih jalan nak cari kedai. Redah hujan lebat. Bila masuk kawasan Kubang Kerian, cuaca cerah. Jalan pun kering. Tak nampak gaya nak hujan. Alhamdulillah. Tak perlu berpayung ke sana sini. Bukankah itu memudahkan urusan? Jadi jangan kerana ujian yang sedikit kita kita memilih jalan untuk menyerah. Jangan kerana duka dan sedih yang sesaat membuat kita terduduk sepanjang masa.

    Tuhan tak sediakan kesulitan sepanjang masa. Tuhan juga tak sediakan kesenangan sepanjang masa. Jadi tak perlu fikir untuk menjadi loser. Semua tu akan datang berselang-seli, kita yang seharusnya bersedia dan bijak menghadapinya. Berlapang dadalah. Semuanya ada hikmah.

    P/s: Kesedihan itu umpama hujan, selebat manapun menyembah bumi, pasti akan ada redanya.

    27 ulasan:

    1. rahmat disebalik turunnya hujan

      BalasPadam
    2. @iszieylyanziy
      tidak ditimpakan sesuatu hanya untuk sia-sia :)

      BalasPadam
    3. bila panas terik, mesti nak hujan. huhu

      BalasPadam
    4. "tidak dijadikan sesuatu tanpa sia-sia"

      thanks rue.. =D

      BalasPadam
    5. Salam singgah semoga anda ceria sentiasa :)

      BalasPadam
    6. ya setuju....

      jika hujan rahmat...n apa yang kita hadapi juga ada hiikmah di sebaliknya...

      hanya kita perlukan kekuatan SABAR dalam dri kita..insyaAllah , Allah bersma org2 y bersabar..

      BalasPadam
    7. di dalam manis ada kelatnya dan di dalam kelat ada "sweet" nya

      d^_^b

      BalasPadam
    8. @amalina wahida
      "tidak dijadikan sesuatu dengan sia-sia"

      BalasPadam
    9. Hujan dan panas itu gambaram hidup kita yang kadangkala ceria dan bersedih.. Hadapi semuanya dengan kesyukuran.. Insya Allah

      salam ukhuwah

      BalasPadam
    10. macam itu juga hidup ini, ibarat roda, kadang2 di atas kadang2 di bawah... sebab itu kena redha bila terkena musibah, kena bersyukur bila memperoleh rezeki, sebab segala yg berlaku atas kuasa Illahi =)

      BalasPadam
    11. betul-betul!
      setiap yang Allah buat pasti ada hikmah di sebaliknya :)

      BalasPadam
    12. @Ieqa Swetluv
      setiap yang berlaku ada kebaikannya,
      harus pejam mata dan cuba apa saja :)

      BalasPadam
    13. huhuk.. ada rahmat^^

      BalasPadam
    14. salam..

      hujan adalah rahmat pada bumi..

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728