Header Ads

  • Latest Posts

    Makna Kosa Kata Dalam Lagu Aku Maafkan Kamu

    Lagu yang Famous Amos dikongsikan di Facebook sekarang ialah lagu Aku Maafkan Kamu. Eh, lupa nak bagitahu, itu hari saya nampak ada Famous Amos di KB Mall! Lambat betul. Baik, balik ke topik lagu dendangan Jamal Abdillah dan Malique.

    Lagu ni mula-mula saya dengar tu macam lagu pendodoi tidur la sebab dia bagi saya dengar lagu tu masa saya sedang mamai nak tidur. Tapi bila naik kereta sama-sama sebelum sampai ke Cameron, dia asyik ulang lagu sama, baru rasa nak hayati. Boleh tahan. Tercabar roh semantik dalam otak.
    Intro entry ni panjang sangat? Sekeh segugus! Eh, abaikai gambar budak tak cukup gigi kat atas tu, dia sedang teruja grooming kuda dengan Datin Z tu. Kalau ada yang tak tahu tentang lagu yang sedang diperkatakan, sila ke bilik abang Youtube. Lagu tu saya tak tahu bagus atau tak sebab saya tak belajar selok-belok muzik. Tapi lagu tu menarik. Kenapa? Sebab lagu ni banyak pengajaran. Contoh? Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara. Lagi, dengarlah sendiri.

    Saya tampilkan kosa kata yang telah buat penyiul lagu ni tergaru-garu kepala macam dah naik kutu 125 ekor. Nah:-
    1. Kopak; pecah.
    2. Daktil; jari tangan.
    3. Batil; tidak benar
    4. Isolasi; pengasingan.
    5. Dalil; keterangan yang menjadi bukti sesuatu kebenaran.
    6. Aspirasi; Keinginan yang kuat.
    7. Paksi; garis.
    8. Guni; karung.
    9. Halusinasi; pengalaman melihat sesuatu yang sebenarnya tidak wujud akibat gangguan fikiran.
    10. Ihsan; perbuatan yang baik.
    11. Artileri; pasukan tentera yang bersenjata meriam.
    12. Jitu; tepat.
    13. Rahi; berahi.
    14. Hak Miranda; hak yang dikeluarkan oleh Mahkamah Agung di Amerika yang memberikan hak kepada pihak tertuduh untuk berdiam diri di luar mahkamah.
    P/s: Diri kita punya banyak kelemahan, jangan sesenang hati sesedap rasa menghukum situasi sebab banyak ketika kita rabun dan buta untuk menilai sebuah kemuliaan.

    25 ulasan:

    1. lagu penuh makna..berkali2 dgr tetap tak puas..

      BalasPadam
    2. @diana
      ada masa nanti dengarlah. hehe :)

      BalasPadam
    3. Hak Miranda tu yang dalam cerita omputih..polis baca pada penjenayah

      You have the right to remain silent, everything that you say will be use in the court of justice against you.

      BalasPadam
    4. study lagu ni pas open reg subjek... huh penat lak dgn open reg...

      BalasPadam
    5. Suka sgt lagu ni... Dah ada dlam handphone.... Karya malique memang sgt berisi...

      BalasPadam
    6. fuhhh.. byk betol kosa kata dlm lagu ni.. haha..

      BalasPadam
    7. 'alif' ada teratak di hjng kg
      'ba ' bawah cermin kopak ada ktak
      'ta'tersmbnyi bawhnya ad tmprong
      'sa" sy pon da x tw nk smbng apa..
      :)

      BalasPadam
    8. Cerr cari pasal Lagu mentera beradu yang bole dikatakan "penuh misteri" tu.. Tringin gak nk taw cume kite x pandai nk buat pentafsiran ni..

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728