Header Ads

  • Latest Posts

    Pengkelasan Gred Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG Bermula 2011

    Hari yang agak sibuk. Hantar dan ambil anak dari pusat tuisyen, kenduri kesyukuran, uruskan masalah celcom broadband, bank-in gaji-gaji pekerja. Kerja-kerja yang memerlukan saya untuk pusing-pusing kota sampai kepala dah naik pusing. Bila sampai rumah, rindu nak hadap blog, jadi jenguklah kejap.

    Tak tahu nak tulis apa tapi status mukabuku adik angkat saya sedikit mencuit hati saya. Tentang pengkelasan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Malaysia bermula 2011. Tengok pegkelasan ni kadang-kadang buat saya patah hati. Kalau pasang angan-angan nak kejar Ijazah Kelas Pertama, memang akan jadi angan-angan semata-mata.  Jom layan tuntutan ni!
    1. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Pertama; 3.80 - 4.00.
    2. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Kedua Tinggi; 3.60 - 3.79.
    3. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Kedua Rendah; 3.00 - 3.59
    4. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Ketiga; 2.00 - 2.59.
    5. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Tiada Kelas Langsung; 0.00 - 1.59.
    Adik-adik yang masih muda dalam pengajian ni, berusaha kuat sejak dari awal sebab pointer setiap semester akan mempengaruhi CGPA. Selamat menjadi pelajar dan guru yang berkualiti dan dinamik serta selamat maju jaya!


    Kemaskini:

    P/s: Walau apapun target yang ingin dicapai, ingatlah setiap langkah kita hanya untuk Dia.

    19 ulasan:

    1. ish, btol ke nih?? mcm xbpa nk logik plak..
      dpt 3.58 pun still dlm kelas kedua RENDAH~ ngaauummm~ payah r camtu..

      salah kot scale nih, sbb kalo dpt 2.60-2.99 xtaw nak masuk kelas mna plak~ kelas peralihan kot.. hehe~


      better korg argue balik, nanti semua grad with 2nd class lower~

      BalasPadam
    2. huuu
      dr kecik nk jadi cikgu
      tap asik x boleeeh je
      huhuhu

      BalasPadam
    3. @SHaRKFiQ SSM
      Haha, ental la fiq, setakat ni baru
      dapat yang ni, nanti orang update lain
      kalau ade penambahbaikan @ pmbetulan :)

      BalasPadam
    4. @aimie amalina
      Mungkin rezeki untuk menjadi yg lebih
      baik, insyaallah :)

      BalasPadam
    5. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Tiada Kelas Langsung; 0.00 - 1.59

      ada sampai macam ni sekali ek..hehe

      BalasPadam
    6. 3.8????aduhaiii..kene pulun ni...arggghhh

      BalasPadam
    7. uiss..mencabar betul ni kalau gred camgini....

      BalasPadam
    8. @Chaoi
      Chaoi. tu kot yang orang panggil low
      class tu, hihi~

      BalasPadam
    9. @♥ LULU ♥
      Owg dah tak terkejar dah yunk, klw
      nak 3.8 tu owg kne dapat 4.0 untuk
      baki 2 sem lagi ni, hee~

      BalasPadam
    10. @cikpuanhady
      Yang bawah2 tu tak pasti kak, tapi 1st class memang 3.8 ;)

      BalasPadam
    11. emm.kdg kdg major sains ngn math susah kot nk capai smpai 3.8 above and sebaliknya major ks, bm , seni or lain lain mcm senang je. ape pendapat akak?

      BalasPadam
    12. @snf
      Pndapat akak, tak mndrongkot major tu,
      sebab kalau batch akak di afzan, yg tertinggi,
      biasanya 3.8++ datang dr kawan2
      major math@pai.. wallahua'lam..

      BalasPadam
    13. aku tak leh jadik cikgu sbb tak cukup sabar...huhu...

      BalasPadam
    14. akak dapat dah result exam. tak dpt pun kelas pertama...

      http://duniakucikgu.blogspot.com/2011/12/keputusan-kursus-induksi-kissm.html

      BalasPadam
    15. @cik mas
      Akak, 2nd class upper tu pun dah
      cukup baik! tahniahhhhh :D

      BalasPadam
    16. assalamualaikum..
      itulah yang terjadi..
      bukan tersalah kelas.
      saya adalah tahun prtama ipg ni..
      kesian langsung xtahu pasal kelas2 ni
      ingatkn sama dengan U yang lain..
      jadi target nak maintain 3.5 ke atas je..
      bila grad.. bru tahu
      terpinga2.. knapa bila result 3.5 (3.59) sy dpt..
      still second lower...
      frustnya...
      alhmdllh mmg skrg dh posting.. tpi benda tu kekal kita bawa tercatat dlm sijil kita. kalau nk smbung blajar nanti xtahula...
      sedih rasa..huhu.
      tpi life..must go on..
      ( tpi sedih usaha slama 5 thn stngah tu..hmpir slruh msa rmaja ditumphkn di ipg)heheh..

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728