Header Ads

  • Latest Posts

    Perubatan Tradisional Kak Lah Besut

    Cerah tak menjaminkan tak ada mendung bukan? Memang tuhan sedang menguji, mak kurang sihat. Berubat hospital, sudah. Berubat kampung pun sudah. Ikhtiar tu kita yang punya, kuasa penyembuh tu Dia yang pegang. Jadi berusahalah selagi terdaya. Jangan lupa untuk bersyukur dengan setiap nikmat yang Dia berikan. Kita hanya peminjam.

    Jam 3 pagi tadi saya bangun tidur, bersiap dari Kota Bharu ke Besut, kira-kira 60 kilometer perjalanan. Hujan. Kurang lebih jam 4, sampailah ke rumah Kak Lah. Orang dah ramai, bila daftar, dapat giliran ke 53. Dapat tengok macam-macam jenis penyakit, orang dari rata-rata pelusuk Malaysia. Kanser, batu karang, kencing manis, darah tinggi, ketumbuhan, resdung, air tawar, mandi bunga, pembedahan batin dan macam-macam lagi.

    WAKTU OPERASI
    Ahad
    6.30 Pagi – 10.00 Malam
    Khamis
    6.30 Pagi – 6.30 Petang
    Isnin
    6.30 Pagi – 10.00 Malam
    Jumaat
    Cuti
    Selasa
    6.30 Pagi – 2.00 Pagi
    Sabtu
    6.30 Pagi – 12.00 Malam
    Rabu
    6.30 Pagi – 10.00 Malam
    -
    -
    Bila risik tanya orang-orang yang dah pernah datang, banyak respon positif. jadi cubalah. Usaha dan ikhtiar itu perlu. Buat sesiapa yang berminat untuk bawa kawan-kawan, saudara-mara atau kenalan yang ada masalah kesihatan bolehlah cuba ke sana. Beroperasi setiap hari kecuali Jumaat. 
    Hari pembedahan ialah hari Selasa manakala hari buka jahitan ialah hari Sabtu. Bila dah buat pembedahan, adalah beberapa pantang larang dalam tempoh berpantang selama 4 hari sebelum jahitan dibuka. Antaranya ialah:

    1. Hanya boleh makan nasi putih dan ikan bakar dan ayam bakar kunyit, lauk-pauk lain tidak dibolehkan;
    2. Hanya boleh minum air kosong, milo kosong dan susu kosong yang tidak berperisa. 
    3. Tidak boleh makan sebarang buah-buahan, sayur-sayuran, kuih-muih, ulam-ulaman;
    4. Tidak boleh merokok;
    5. Tidak boleh makan sebarang jenis roti dan biskut, kecuali biskut tawar yang betul-betul tawar (biskut mayat). 
    6. Tempat pembedahan tidak boleh terkena air;

    Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi pengamal perubatan tradisional tersebut - 0129513936 (Kak Lah). Perkongsian dalam mencari erti kata 'sembuh'. Semoga bermanfaat.

    P/s: Semoga mak cepat sembuh.

    16 ulasan:

    1. as-salam..

      sy mendoakan agar mak 'cik ahsfantasy24' (maaf tak tahu nama apa) cepat sembuh.. takpa kadang2 Allah nak uji sikit hamba2nya.. semoga dipermudahkan segalanya.. InsyaAllah..

      BalasPadam
    2. syafakillah..sem0ga mak awak cepat sembuh..:)

      usaha+doa+tawakal.^^

      BalasPadam
    3. semoga mak cepat sembuh..boleh tau, Besut tu kat kampung apa?

      BalasPadam
    4. @whitecappuccino
      Ameen..
      Di jerteh, area masjid al falah :)

      BalasPadam
    5. salam..
      kesian mak anda..
      moga cepat sembuh
      insyaallah..

      BalasPadam
    6. ayu ni orang kota bharu ke? huhuhu ;)

      BalasPadam
    7. info bermanfaat..terima kasih..

      smoga cepat sembuh eh.. mak awk..

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728