Ramai Benar Yang Berlagak Mahu Jadi Hakim
Rasa bahagia kejap bila terima panggilan daripada dia. Malam yang diselubungi kesejukan. Sebelum tidur jom makan jagung mutiara rebusan housemate saya ni! Kalau beli yang dah siap rebus di Kea Farm, RM 2 sebatang. Tapi ni saya beli di pasar malam Berinchang kemudian rebus sendiri, RM 10 untuk 12 batang. Itu pun bergantung pada saiznya juga.
Eh, sebelum tidur saya nak cakap sesuatu. Tentang hakim. Bukan tentang Tuhan atau hakim di mahkamah, tetapi hakim dalam kalangan kita. Yang kononnya rasa layak menghakimi setelah beberapa waktu memerhati. Dosa pahala memang nyata kita lihat, tapi syurga neraka itu kita tidak pasti di mana tempatnya kita atau mereka. Saya yakin, Tuhan maha mengampun, Tuhan maha mendengar. Dia yang lebih arif tentang ciptaanNya.
"Mohon dijauhkan diri yang suka mendoakan keburukan dan kecelakaan terhadap orang lain meski mereka itu suka membuat buruk dan celaka. Tuhan maha adil dan Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya, biar Dia sahaja yang menentukan apa yang selayaknya dihukum. Kita tidak perlu menjadi hakim."
Bila lihat ada yang tersesat atau menyimpang, cepat benar mulut menghukum seolah-olah pendosa itu tiada jalan untuk kembali. Kita siapa? Mulia tanpa cacat cela? Bukan saya menyokong mereka membuat dosa, tapi kita patut tahu yang ruang keampunan tetap ada. Yang perlu dibenci adalah dosanya, bukan dia. Jika sayangkan dia, tolong bawa dia jauh daripada dosa-dosanya. Bukankah itu lebih mulia daripada tidak henti-henti menabur cela dan mendoakan kecelakaannya?
Kita tidak akan pernah tahu penghujung hidup kita bagaimana, apatah lagi penghujung hidup orang lain. Sesiapa sahaja boleh berbuat dosa, tapi kita tidak akan pernah tahu apakah pengakhir hidupnya ditamatkan dengan murka. Mungkin seumur hidupnya dilumur dosa, mungkin juga dia akan jadi lebih baik daripada kita.
Kita tidak akan pernah tahu penghujung hidup kita bagaimana, apatah lagi penghujung hidup orang lain. Sesiapa sahaja boleh berbuat dosa, tapi kita tidak akan pernah tahu apakah pengakhir hidupnya ditamatkan dengan murka. Mungkin seumur hidupnya dilumur dosa, mungkin juga dia akan jadi lebih baik daripada kita.
P/s: Mendoakan yang baik-baik dan terbaik untuk semua itu bukankah lebih indah daripada mendoakan keburukannya? Oh, selamat malam semua!
mengajar kat CH ker?bestnya..
BalasPadam@KM7
BalasPadam4 bulan je kat sini cikgu, praktikum ^^
wah....cam sedap jew....nak sket jagung tuh...huhuhu....
BalasPadamharap yg baik ada pada kita semua ;D
BalasPadam@SyamimiNazifa
BalasPadamgood, doakan yang terbaik, buat semuanya :)
@HeNRieTTa JoSe
meh datang rumah, kite bagi free ;)
ya, sekurang2nya beri lah peluang utk mereka berubah kan... semoga yang terbaik buat diri kita semua
BalasPadambetolll... kita x berhak nak menghakimi seseorg. Allah lebih mengetahui. sapa kite nak judge. ye dak? doakan je yg terbaik...
BalasPadamtgk jagung ingt kampung. huhuhu
BalasPadamorg skrng tidak kira pahala atau dosa, yg pnting kepuasan. dengki adalah kepuasan bg mereka
bersangka baik je walaupun tiada kepastiannya...:)
BalasPadamkalo nak jadi hakim kena letak nama abdul hakim ker,mohd hakim ker..
BalasPadamsy suka makan jagung rebus ni,nak buat kuih pun sedap.
BalasPadam#lama tak makan,rasa mengidam pula.hehee
@Mishter Izwän
BalasPadamdengki yang buat mereka mengata tu yang
kesian =.="
@Diyana Norman
betul dear :)
@Gen2Merah
Tuhansentiasa buka pintu taubat ^^
@Woofer Storm
BalasPadamkalau dah mengidamtu kena cari la (:
@Chaoi
kalau hakim, kena letak abdul kat depan
dia chaoi ;D
@Daddylicious
nice (:
berdoa yang terbaek untuk sesiapa saja... d^_^b
BalasPadamye manusia tak punya hak utk menghukum...;)
BalasPadam@Nazz@Purple
BalasPadamkita manusia yang terbatas..
@Mesin Taipku
yup ^^,
Bagi nasihat je oklah. Tapi jagung tu nampak best petang nnt nak gi belilah :)
BalasPadamWAHH bes la kan duduk sana . sejuk2 makan jagung rebus .
BalasPadambetoi tuh ustazah ada cakap tak baek mendoakan kecelakaan dekat orang lain :)
Ingat mengingati kan kan kan ayu :)
buat pengajaran pd kita semua
BalasPadamsesiapa pun tidak tahu apa yang akan berlaku pada penghujung hidup
BalasPadamwalau dia dia atau sesiapa yg berjumpa dgn tukang tilik atau tok bomoh sekalipun
takecare dear sis
belanja nis jagung
hikss
sedapnyer jagung tu.. :)
BalasPadam@BENA
BalasPadamyup bena comel :)
@EmpayarUtama
hehee.. nnti hntr cni skit :)
@miss Fyqa
BalasPadamcuba dulu baru thu (:
@Anisa Hang Tuah
hehe.. b0leh,
meh dtg cni nk blnja jgng n icecream :)
@khairul
:)
Betul kan? Kita selalu je judge others tapi lupa tengok kain sendiri....
BalasPadamjagunggg tuuu
BalasPadamtergoda asenye
hehehehehhee ;))
@aimie amalina
BalasPadamhehe.. nak pos pun takut berkulat
sebelum sampai ^^
@msredcheesecake
BalasPadamjaga tepi kain orang tu elok,
bila org jaga tepi kain kita pun elok,
tapi jangan cepat benar menghukum ^^
manusia dikk
BalasPadamx pernah lari dari sifat mendengki
tapi adakalanya akak cuba x mo jadi macam tuu .. syaitan ada dimana2 .. kaum nabi muhammad nielah banyak dugaan nyee huhuh
selamat berpratikum..=]
BalasPadambiasa la manusia, dia rasa semua dia betul...dia la paling bagus
BalasPadam@Edy Zaidi
BalasPadamkita cuba untuk tidak menjadi seperti tu (:
@ciK LyndaWawa
thanks sis ^^
@ieda
semua faham kak, yang penting kita
cuba jadi yang lebih baik ^^