Header Ads

  • Latest Posts

    Penat Hati Dia Menanti Engkau Tak Tiba-tiba

    Dia tidak pernah jumpa cara bagaimana untuk buat kamu faham tentang apa yang dia rasa, walau dia selalu cuba cari jalan yang paling mudah. Kau sesenang rasa tinggalkan dia tanpa sekelumit endah. Dia terkedu sakit berbalut resah. Tapi kau masih bersahaja pergi ke pangkuan yang lain. Dia selalu termenung keseorangan memikirkan apa lagi cara dia yang kau kira salah.
    Dia bingung sampai termuntah darah menanti jernih. Dia cuba tenang memeluk angan-angan, biarkan segalanya pergi dalam cara yang sepi. Tapi tayangan kamu dengan insan lain buat hati dia hancur diubat jerih. Selamanya dia tak mampu melupakan kamu walau untuk sehari. Katanya dia sayang kamu hingga akhir nanti. Meski engkau telah lama pergi, rasa itu tidak akan pernah mati; selamanya kau dicintai. Mungkin penat hatinya dihurung lelah, tapi kasih untuk kamu bersepah-sepah tak pernah terbelah.

    P/s: 3 minggu tanpa cuti hujung minggu.

    22 ulasan:

    1. ehh mcm mempergunakan kasih syg orang lain time perlu ja..

      BalasPadam
    2. wah, inikah yang dinamakan cinta sejati? hmm..

      BalasPadam
    3. @shanas ishak
      mungkin dia tak nampak kita sayang dia..

      @anisyuhada
      semoga ada kekuatan di celah-celah rasa hampa...

      @Rtp Farra Arisha
      cinta sejati tak selalu menyakiti..

      BalasPadam
    4. dia tak akan pernah merasai rasa pahit itu.. =(

      BalasPadam
    5. Em.em.bell penah rasa cmni.awl2 agk t'luka.tp lma2 mls nk pk.huhu

      BalasPadam
    6. wah entry ni.. guna ayat sastera bahase tinggi. hehehe..

      kalau tak rasa perit, bukan cinta namanya. =)

      BalasPadam
    7. @yad'z
      setuju (:

      @biela bell
      alzheimer, ehhe ^^

      @reenapple
      yang punya rasa itu adalah kita..

      BalasPadam
    8. psst. nie mesty ade tugasan kat skul tyme weeked. btl x? huhu

      BalasPadam
    9. tak perlu fikir, kerana ada seseorang nanti yang bakal muncul yang lebih bisa menghargai. percayalah, Tuhan tidak kejam kalau kita sendiri tidak berlaku kejam terhadap diri;)

      p/s: yes dear, you can get the rainbow quran too!

      BalasPadam
    10. ikhlas mencintai buatkan manusia sanggup menelan segala gala..tp elok kiranya di fikir rasional bila jodohnya pudar terkapai kapai...

      BalasPadam
    11. @FIFIEY LYCHEE MARATION
      Put trust in Allah ^^

      @Cik Diana
      yeah bebeh!!

      @Un Phat Lee
      belum romatis lg lorr :P

      BalasPadam
    12. @Edy Zaidi
      sastera2 pun takde org nak belanja
      makan macam dia :P

      @Mesin Taipku
      rasional dan waspada itu perlu (:

      BalasPadam
    13. eh..

      ni jiwa kacau ke apa ni?hee

      percaya pd jodoh Allah..:)


      pss : thankss :D

      BalasPadam
    14. Jika saya cuba menggunakan bahasa seperti kamu..percayalah..ianya takkan menjadi..hehe

      BalasPadam
    15. @syazwan safwan
      belum cuba kan ? :P

      @Juliet_iRa~"
      hehe, yup percaya pada dia

      @khairul
      penulisan tak berlapis, huuu

      BalasPadam
    16. @Juliet_iRa~"
      hehe, yup percaya pada dia

      @khairul
      penulisan tak berlapis, huuu

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728