Belikan Saya 100 Kilogram Ikhlas
"Kau ikhlas tak ni?" Bila masuk bab ikhlas, memang saya malas nak cakap banyak. Kadang-kadang buat penat semata, sia-sia. Bila kita cakap kita ikhlas, orang tanya lagi, "kau betul-betul ikhlas?" Tak jumpa sudahnya. Kalau kita cakap ikhlas lagi sekali, orang tanya pula "Eh, betul kau ikhlas?" Nampak tak pandir ada dalam situasi tu? Jadi kalau malas nak membazir tenaga, senyum sahajalah.
Belikan saya 100 kilogram ikhlas untuk saya yakinkan dia bahawa saya benar-benar ikhlas sayangkan dia. Cukupkah? Jika tidak, mohon tambah timbangan.
Memang susah bila masuk bab ni. Kenapa? Sebab kalau ikhlas ni merupakan sesuatu yang boleh disukat kira, memang senang. Boleh cakap ikhlas kita ada berapa kilogram. Kalau ikhlas ni sesuatu yang boleh kita bungkus-bungkus pun senang. Bila orang tanya, keluarkan sahaja ikhlas tu daripada kocek lima enam bungkus, biar semua ternganga dan angguk kepala. Bukankah senang?
Saya cuba ikhlaskan diri saya untuk setiap yang saya lakukan, kerana saya percaya bahawa melakukan sesuatu tanpa keikhlasan itu adalah satu kebodohan, kepenatan, sia-sia dan buang masa.
P/s: Ikhlas aku sayang kau. Eh, nampak tak? Nampak tak berapa bungkus sayang aku? Tu pun kau dah senyum. Selesai. Okay, bye!
ikhlas itu subjektif. huhu
BalasPadam@Cik Diana
BalasPadamu're right baby (:
Ikhlas...saya tersenyum dengan en3 nie..
BalasPadam@Lynn
BalasPadamsaya tersenyum menerima kunjungan kamu :)
Ikhlas tak boleh disebut...bila sebut tak le tu..:)
BalasPadam@khairul
BalasPadamerk. hehehe betul ea? jeng3~
Iklas aku suka n3 kat sini. bahasanya kerap sentuh jiwa :)
BalasPadamkau boleh rasa berapa bungkus iklas aku? hehehe...
@Nong Andy
BalasPadamada 3 bungkus, hi3~
manalah nak cari
BalasPadamsusah nak dpt yg benar2 ikhlas ..
adanya palsuuu huhuhu
insyaallah sentiasa mencuba...
BalasPadamsalam...
BalasPadamikhlas ni x boleh diukur tapi boleh dinilai ;)
@siti noorhajar binti mohamed saufi
BalasPadamInshaallah ^^
@ieda
BalasPadambetul kak.. susa nak cakap kan :)
@Mesin Taipku
BalasPadamalhamdulillah (:
@Syira Qahira
BalasPadamyeap ^^
waduh!!
BalasPadam150 kilogram boleh?
lebih la skit..
ehehehe
hehehhe.ikhlas.ikhlas.bukan sekadar dibibir kan? inside.it's from heart.ehehe.yahoo.dah abes praktikum. lalalalla. akak 2 weeks to go.go.go go!
BalasPadamkalau ikhlas ble d kira, entah mcmana rpanya. hihi :)
BalasPadambaeklah. meh nak tlg belikan. bak duetnye. kih3
BalasPadam@snf
BalasPadamtak aci ni, kit adah mula, dia belum mula..
kita tak abes dia dah abis..
aduhai praktikum :P
@mie
demi kamu, boleh aja (:
@siti noorhajar binti mohamed saufi
thanks dear (:
@~cik atin~
BalasPadamhehe serius? jam 5 kita jumpa, kita bagi
duit, hehe..
@Kira Kekuri
hehe.. comel gamaknya ^^,
sesuatu yang tak pernah kita nampak zahirnya tapi halusnya ada terpatri dlm sanubari setiap manusia yg punya kesucian jiwa :)
BalasPadam@Kyra Hizrina
BalasPadamsuci jiwa itu perlu :)