Header Ads

  • Latest Posts

    Terbelit Dusta

    Terputar cerita hingga terlihat kau yang teraniaya. Tahniah sayang, kau memang hebat, kata kau tampak benar belaka. Cereka kau mampu buat mereka ternganga. Biar aku sahaja yang terbelit dusta. Menangis ketawa dalam tak lena. Selangkah menapak dihurung cela. Dicemuh dicerca memang aku tak rela. awal cinta katanya setia, tengahnya rasa tertimpa bala. Henti terus sama sahaja, dua-dua tercarik dada. Tertikam luka, terhiris derita. 

    Sarung percaya dikhianat durja. Tidak perlu lagi menyusur kuala, kita sememangnya bermasalah percaya. Kaki melangkah, sinarnya entah di mana. Terus sahaja tidak akan kemana. Berhenti segala; kita cuba. Biar segala rasa dan usaha dipanah sirna. Moga engkau akan bahagia.

    P/s: Saya memang tak sempurna.

    14 ulasan:

    1. mana ada manusia yang sempurna.

      sebab tak sempurna perlunya berpasangan untuk saling menyempurnakan.

      P/s: orang 1 dalam sejuta mana boleh sedih-sedih. kan kuat! :)

      BalasPadam
    2. @najwa nano
      kamu lagi best dear ^^,

      @Anisa Hang Tuah
      didoakan begitu, sayang ^^

      BalasPadam
    3. jujur itu perlu dlm perhubungan...

      BalasPadam
    4. tipu diri sendiri lagi sakit dr tipu org lain. maka jauhilah penipuan..;)

      BalasPadam
    5. jujur penting utk perhubungan....

      semoga kamu dpt mencari jalan bahagia..

      BalasPadam
    6. sweet. enjOy ur last day praktikum ayu. :)

      BalasPadam
    7. kejujuran sangat penting, sebab sekali penipuan terbongkar... tiada lagi kepercayaan yang tinggal...

      kadang2 manusia suka buat propa just utk dpt simpati murahan wlaupun smtimes dorang yg bsalah...

      heheh :)

      BalasPadam
    8. @Kyra Hizrina
      cukuplah sekali percaya..

      @Cik Diana
      thanks yana ^^,

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728