Masalah SKMM 1 Malaysia Celcom Broadband
SKMM 1 Malaysia Celcom Broadband. Saya percaya ramai rakan-rakan blogger menggunakannya tak kiralah talian Celcom mahupun Maxis. Setelah hampir 7 bulan saya guna, tak ada masalah. Fasal kelajuan tu memang kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan. Kalau orang cakap unlimited tu sila fikir dua tiga kali untuk percaya. Memang ada had penggunaan, cuma bila dah langgar had tu bukan bermakna dah tak boleh guna tapi kelajuannya jadi minima.
Tapi sejak dua tiga minggu yang lalu selepas kredit tamat, sim saya hilang punca. Line bar lenyap. Macam dah tak boleh nak guna walhal normalnya perkhidmatan akan diberhentikan sekiranya kita tak tambah nilai selama dua bulan selepas tarikh kredit tamat kan?
Malas nak fikir banyak tentang tu, mungkin sim card ada masalah atau registration ada kacau. Hidup jauh dari celcom centre memang macam ni gayanya. Buat sementara waktu ni menumpang kasih dengan wi-fi sekolah dan broadband orang bahagia. Jadi mohon maaf kalau ada jejak yang tak terbalas kunjungan. Masa untuk berada di atas talian sangat terhad.
P/s: Ustaz Azhar Idrus datang Cameron Highlands. Jom?
dni nyer bokbeng ni akhir bulan slow la hehe
BalasPadamwalk-in celcom centre replace sim atau cuba tanya seller dia bleh tolong setllekan tak masalah sim rosak tu.. :)
BalasPadamp/s: nak lebih laju + unlimited gunalah streamyx.. :P
@student
BalasPadamsusah bro, hidup nomad lg skrg. haha..
@Ardini Humaira
banyak melancong di awal bulan lah tu :D
Slm alaik.. Kita pon budak sekoloh guna jugak benda ni.. ok ja d kapit..
BalasPadam@Muallim Adham
BalasPadamkayo la ore tu lme dok d kapit ;)
iklan dorang ni kadang2 terlalu hebat.. tapi bila da pakai, hampeh je..
BalasPadam@Boni JLL3
BalasPadammungkin sebab masih baru,
adalah masalah tu serba sedikit.. huhu~
Duduk cameron ke?.. Takpe2 next time dtg sy roger.. Mana tahu leh dpt strawberry murah.. He3..
BalasPadamPasal celcom skmm tu.. Bukan untuk student ke?.. Tapi rasanya mcm ada pasaran gelap yg jual pada umum.. Tapi tu takpelah biz kan. Setahu saya memang ada limit.. Kalau data yg guna tu dah sampai had kelajuan akan drop betul tak
@Myvitrd
BalasPadam4 bulan je ada sini sis, buat kajian
murid-murid sekolah sini, hehe tu lah,
bersesuaiandengan harga kot ^^
owh kat opis saya ramai lecturer yg pakai kad sim nie...so far tak der pulak dengar dia org komplen masalah nie huhu...
BalasPadam@misz_eyza
BalasPadam1 dalam seribu kot ni ^^
anak buah kak munna yg dpt laptop dan skim broadband ni sampai skrg tak boleh guna sim kad tu... last2 tikar yg lain je
BalasPadamini telah berjaya mempengaruhi keputusan nak ambek broadband...@_@
BalasPadam@Mr.Clive
BalasPadamstrmyx shjalah ^^
@munna
kalau sim problem, boleh g tukar kt centre sis ^^