Cara/Panduan Isi JobsMalaysia - Edisi Guru Keluaran IPG
Terkedek-kedek kita nak isi JobsMalaysia ni. Mula-mula buka laman tu, rasa macam tikus nampak besi. Tapi bila dah kena ikut prosedur ni, maka redah sahajalah. Macam biasa, mula-mula perlu daftar akaun baharu di http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces. Kalau dah ada akaun, cuma daftar masuklah. Guna nombor kad pengenalan.
Bila dah masuk tu, sistem akan menuntut maklumat melalui beberapa bahagian iaitu:
Biodata Peribadi
Isi data-data peribadi yang dikehendaki. Pekerjaan Sekarang : Tidak bekerja. Kategori Pemohon : Lepasan Sekolah/IPT. Lain-lain semuanya berkaitan data peribadi.
Alamat
Alamat
Alamat surat-menyurat. Tempat kita tinggal sepanjang menunggu panggilan temuduga.
Telefon/Emel
Telefon rumah, telefon bimbit dan emel yang aktif.
Pengalaman Kerja
Tidak perlu isi jika kita sememangnya tidak pernah bekerja.
Akademik
Ada beberapa pecahan. Bagi penuntut IPG, cuma isikan 3 bahagian sahaja, iaitu:-
Keputusan Peperiksaan PMR / SRP / LCE atau yang Setaraf
Isikan keputusan PMR.Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / MCE / SPM(V) / SPVM / SPM atau Setaraf)
Isikan keputusan SPM. Kosongkat kotak 'Pangkat' dan 'Ujian Lisan Bahasa Melayu' sebab kita merupakan calon SPM sistem terbuka. Peperiksaan kali pertama sahaja. Kalau peperiksaan kali kedua tu, untuk calon yang ada mengulang. Peperiksaan Kertas Julai tu pun tak perlu isi.
Kelulusan Pengajian Tinggi (PhD / Sarjana / Ijazah / Diploma / Sijil / Pelajar Tahun Akhir)
Ijazah dan Diploma. Isi yang 'Pertama' sahaja. Tahun Bergraduasi : 2012. Peringkat Kelulusan: PELAJAR TAHUN AKHIR (SAR. MUDA/ SAR. MUDA KEP.). Institusi yang mengeluarkan Sijil: Institut Pendidikan Guru KPM. Institusi Francais Luar Negara : Tidak. Bidang atau pengkhususan tu ikut bidang masing-masing.
Maklumat Terperinci
Isi bahagian tempat lahir ibu dan bapa, kemudian bahagian Pemegang Biasiswa : Penerima Biasiswa KPM.
Kokurikulum
Mana-mana yang tertinggi. Pastikan ada simpanan sijil.
Maklumat Tambahan
Kalau ada klasifikasi Perkhidmatan Bakat dan Seni, boleh isikan ruangan bakat. Bahagian 'Perakuan Diri' tu biasanya isi Tutor ataupun Mentor.
Cetak
Selepas selesai semua kemasukan data, cetak akuan penerimaan permohonan.
Pemohon boleh melawati laman pautan khidmat yang disediakan, iaitu, http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/jobsm_jobSeeker/resetPassword.faces atau hubungi http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/jobsm_general/contactus.faces.
Tarikh Tutup Permohonan
30 November 2012 (tertakluk kepada pindaan)
Tarikh Tutup Permohonan
30 November 2012 (tertakluk kepada pindaan)
Kredit Kepada:
nak isi jugak la XD
BalasPadamkita perlu isi yg jobs malaysia jew kan.......
BalasPadam@dee
BalasPadamboleh je ;D
@Leeza dayasari [santai leeza]
yes dear, jobsmalaysia sahaja, SPP (:
Mintak interview kt mana nnty?
BalasPadam@Cik Diana
BalasPadamkat KB je dear.. huu sng. dekat :)
yg tgh tnggu result spm tu bleh daftar ke? sbb kan dye ade mintak kputsan spm..
BalasPadamyg tgh tnggu result spm tu bleh daftar skali ke? kn dye ada mintak kputusan spm, n ruang tu wajib diisi
BalasPadam@Khairil Rasyidi
BalasPadamKalau tengah tunggu SPM, kene mohon jawatan yang setaraf PMR rasanya.. Sebab kita belum ada sijil atau slip keputusan SPM.
lps daftar ni, bleh kemaskini balik x? cthnya nk update kite punye mklumat
BalasPadam@Khairil Rasyidi Sudah pasti boleh.. :)
BalasPadammcm mane nk tukar status pencarian kerja dr TIDAK AKTIF -> AKTIF? nak bantuan semua.. :'(
BalasPadammcm mn nk tukar status pencarian kerja TIDAK AKTIF kpd AKTIF?
BalasPadam