Header Ads

  • Latest Posts

    25 Random Facts About Me | 25 Fakta Rawak Tentang Saya

    Oleh sebab dah kena tembak dek Pencinta Hlovate  maka akan tersemburlah 25 fakta yang nyaris-nyaris diautakan ini. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang segmen ni, silalah ketuk pintu rumah  Pencinta Hlovate di sini; Oh, sila klik. Selalu malas nak sertai segmen tapi sehari dua ni rajinlah pula. Demimu Pencinta Hlovate. *Senyum-senyum.
    1. Terlalu cinta akan Mak dan Abah.
    2. Bakal mengajar anak-anak kecil tentang bahasa.
    3. Pengembara yang datang daripada kehidupan kampung.
    4. Pantang benar kalau orang kacau semasa tengah lena tidur.
    5. Suka sangat coklat sampai gigi dah rongak dan suka bunga segar.
    6. Banyak benda yang tak makan dan kecerewetan ini sangat menyusahkan.
    7. kadang baik, kadang jahat. Kalau ada yang tak patut, mohon tegur dan tunjuk ajar.
    8. Suka lepak dengan Adobe Photoshop tapi nak lukis doodle seekor pun sampai hari ni tak jadi-jadi.
    9. Sukakan alam semula jadi, suka hiking, camping, trekking.
    10. Memang takut nak bercinta sebab serik terluka dan rasa dikhianat.
    11. Nampak macam tak endah tapi sebenarnya peduli, kadang-kadang sebaliknya.
    12. Masa zaman kanak-kanak suka tangkap ikan dalam parit dan sawah.
    13. Gemarkan wangian dan saya lebih ingat orang melalui wangian.
    14. Malas mengemas tapi tak suka bersepah. Jadi jangan menyepahkan.
    15. Lebih selesa pergi mana-mana dengan berbaju kurung sahaja.
    16. Malas nak ambil tahu tentang sesuatu yang memberi impak di sisi kiri.
    17. Soal belajar memang malas, tapi ada hati untuk terus melanjutkan pelajaran.
    18. Soal masak pula memang perangai macam minta pelempang sebab goreng telur pun terkial-kial.
    19. Komitmen di waktu malam memang jadi masalah, pukul 9 pun dah boleh siap lena.
    20. Walaupun saya dilahirkan pada 25/05, tapi saya lebih sukakan angka 24.
    21. Waktu kecil dahulu, suka sangat tatap langit di waktu malam, berangan nak petik bintang.
    22. Susah nak sayang orang, kalau dah sayang tu terlampau sayang. Susah nak benci orang, kalau dah benci tu melebih-lebih pula bencinya.
    23. Jadi saya lebih suka untuk santai, sederhana dan buat lagak bersahaja.
    24. Orang kata saya keras hati, tapi saya cuma tak nak panjang-panjangkan masalah yang ada.
    25. Tulis ayat macam nak skema tapi cuma nak jaga perasaan cikgu dan pensyarah, kalau dia nampak bahasa lintang pukang kat sini, kecawa pula dia. Maknanya tak terdidiklah seorang guru bahasa.
    Baby, dah siap pun 25. Kita nak tulis 100 tapi pasti tak sempat dan tak ada orang nak baca. Nak keluar dating dengan awek kejap. Jadi saya nak jemput mana-mana 25 orang follower atau lebih untuk menyertai segmen ini. Mana yang dah buat tu tinggal link kat bawah ni nanti saya kemaskini link kamu dalam entry ni. Okay? *Kenyit mata sikit.

    Kemaskini:
    Roses dan Leeza pun ada buat juga! :)

    43 ulasan:

    1. bagusnya.mmg suka berbaju kurung yea

      BalasPadam
    2. sy pulak teringin nk belajar adobe tuh tp sampai skg belajar2..bukan doodle jer tak reti buat..semua pon xreti..hahah

      BalasPadam
    3. teringin nk join tpi mcm blur plak nk tulis psl diri sendiri.boleh x gitu.hahaha

      BalasPadam
    4. Adakah anda ingat saya melalui wangian? Ataupun saya ini seorang yang busuk. wakakakaka

      BalasPadam
    5. suka no. 4 tu.. mmg pantang sgt2 kalau sapa2 kacau time tido.. hahaha! ;)

      BalasPadam
    6. Ehh ehhh.. kita ni ada jugak persamaanyua terutam aprt coklat tu.. ehehehe.

      BalasPadam
    7. @nik ros Biasanya macam tu, tapi ada juga luar biasanya bila kena ikut kesesuaian :D

      BalasPadam
    8. @luqman zakaria Bila tak ada geng, memang jadi susah. huhu..

      BalasPadam
    9. @ELY FAUZIANI ISMAIL Kita mula-mula pun memang macam tu, bila taip tu, tak reti nak berhenti :D

      BalasPadam
    10. @ayisy Bau kamu biasa-bisa sahaja.. haha tidak busuk :D

      BalasPadam
    11. @reenapple Oh ya? Bak alamat, kita poskan coklat :D

      BalasPadam
    12. okay sya takkn ganggu lena awak..ske coklat tapi sya tak suka hihi bab cerewet makan tu sep sikit! kita geng hihi.. eh2 sya pun suka camping :) sep lagi skali :) pape pun terima kasih sudi buat semua ni..

      BalasPadam
    13. @inche hlovate Heheheh sep sep sep.. mi mi miii... :D

      BalasPadam
    14. now i know half of your secrets. *make a naughty wink face* hehehe.

      BalasPadam
    15. P.s i found your blog interesting, then i followed you here. :) have a good day, sweetie.

      BalasPadam
    16. hehe..sy lahir 25/4...selang sebulan rupanya ng awop la ayu :)

      BalasPadam
    17. @Rtp Farra Arisha Hehe *kenyit mata sikit.. Rasanya kita dah follow awak. nanti kunjung balas :)

      BalasPadam
    18. @cikpinky Oh kiranya muda saya sikitlah daripada awop.. gitu? hehehe..

      BalasPadam
    19. kalau ada hati nak lanjutkan pelajaran maknanya tak malaslah tue..hee

      BalasPadam
    20. @CIK TOM Takut jadi angan-angan je Cik Tom. hehe..

      BalasPadam
    21. hehe saye da buat :)
      http://rosesmiza.blogspot.com/2012/12/25-fakta-rawak-tentang-saya.html

      BalasPadam
    22. bakal jadi cikgu ke..
      no 16 tu suka..sebab saya pun sama juga ..:)

      BalasPadam
    23. @rosesmiza Hehe good. thanks, nanti daya tambah pautan :D

      BalasPadam
    24. @MaMa Rey In Syaa Allah mama. Hidup kena 'enjoy' :D

      BalasPadam
    25. saya dah mengajar dah skng ni..huhu
      sama la..masa budak2 dulu pun suka pancing ikan dalam parit.
      dapat sekor pun dah excited sesangat.

      BalasPadam
    26. macam best je. nak wat jugak la nanti.. he3

      BalasPadam
    27. percaya tak, sebiji2 ayat awak nadia baca. :)
      nak mengenali katanyaaa. ;p

      BalasPadam
    28. @nadia Ouch, harap-harap tak ada penipuan di dalam setiap ayat tu, sayang ;)

      BalasPadam
    29. Selamat mengajar, dah posting?? (ter-rojak-an bahasa pulak)

      BalasPadam
    30. @SHaRKFiQ SSM Rojak boleh makan.. hehe belum lagi :)

      BalasPadam
    31. ahaks tang masak tu failed

      cuti2 ni kene prakts la eh

      BalasPadam
    32. @Iffah Afeefah ehehe, itulah. usaha tangga kejayaan :)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728