Header Ads

  • Latest Posts

    Alasan Untuk Mencintai | Alasan Untuk Membenci

    Bukan dia kecewa, cuma dia sedikit terluka;
    Tapi dia pecaya, engkau cuma perlukan masa.

    Bukan dia patah hati, cuma dia agak berkecil hati;
    Tapi dia percaya engkau punya alasan tersendiri.

    Dia tetap berkira-kira untuk tetap hidup bersama kau, wahai durjana;
    Meski tiap masa kau selalu hilang dan hadir hanya untuk menyakiti.

    AKU
    Aku tak pernah rasa kau punya asa untuk buat dia bahagia; Aku cuma lihat tiap hari dia berendam air mata, lagi-lagi bila kau BBM dia. Ada atau atau tiada engkau tetap buat dia gila. Hebat mainan kau sampai buat dia sengsara. Sehari dua mungkin aku bisa berbaik sangka. Sebulan dua juga mungkin aku tahan lihat dia berduka. Tapi saat masuk tahun ketiga, aku mulai fikir serong sahaja; engkau memang celaka. Bobrok cinta, rosak jiwa; apa kau tak pernah rasa gigi disinggahi buku lima? Dan saat ini aku fikir kau harus buka buku kira-kira.

    Benar kata orang. Saat kamu membenci, kamu akan mencari satu kehinaan dalam jutaan kemuliaan untuk kamu tetap terusan membenci. Namun saat kamu mencintai, kamu akan mencari satu kemuliaan dalam jutaan kehinaan sebagai alasan untuk kamu tega mencintai.

    P/s: Jika tidak perlukan dia lagi, henti-hentilah mencaci, biarkan dia pergi.
    Kredit gambar: Draftpodium.

    6 ulasan:

    1. Smart :-) Inilah perasan Wilma bila Wilma minta break dengan ex-bf dulu...Kehadirannya hanya membuatkan Wilma terluka daripada bahagia ^_^ So, life goes on :-)

      BalasPadam
    2. lumrah manusia kan. masa syg semuanya puji melangit, tp bila dah benci sehina hinany dikutuk.

      BalasPadam
    3. @Dunia Wilma Cinta sekadar sahaja, cinta Ilahi tu yang menuntut sepenuh jiwa raga :)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728