Kau Tinggalkan Aku Untuk Dia
Mereka kata kau tinggalkan aku untuk dia. Memang ternyata kerna hingga hari ini kau tetap di sisi dia. Khabarnya bersama dia hidup kau lebih selesa dan bahagia, dia mampu kurnia apa sahaja yang engkau minta. Ya, dia punya nama dan harta, pasti tewas aku si kerdil yang kedana.
Mereka kata aku bodoh selalu mudah diperdaya. Kata mereka mungkin berbisa, tapi tak mengapa aku sudah terbiasa. Dikhianati percaya itu aku sering sahaja. Aku terduduk memangku asa, mengumpul lima aksara yang selalu buat aku selesa, kau dan aku; CINTA.
Mata aku terlalu tenat dan buta, hingga aku tak bisa lihat sesiapa. Mungin kerna di hatiku ada kamu cuma. Hingga tiba pengganti yang ke lima, hati aku tetap sama, padamu juga. Dalam memikirkan setia yang lama, aku telah banyak menggores luka; di hati mereka yang tidak punya dosa untuk sakiti aku dengan sengaja. Tiba saat kau ditinggal dia, saat ini juga aku aku fikir kita tak harus bersama. Aku mulai akur jalan kita tidak lagi di lorong yang sama.
P/s: Reda itu bahagia.
masa akan membantu awk melupakan atau sekurang-kurang melepaskan perasaan lama itu.
BalasPadamreda itu bahagia
BalasPadambahagia itu indah dan pasti akan menjelma satu hari nanti :)
Singgah. Lama dah tak singgah di blog kawan2. Mungkin musim sudah berubah. Walaupun berubah, ia tetap dalam ingatan. :)
BalasPadamsedih la plak.huhu
BalasPadamGagal sekali tak bererti gagal selamanya...jadikan pengajaran teruskan perjalanan...kerna kebahagian yang lebih elok menanti
BalasPadamnomnom sedih sngt entry ni
BalasPadamreda itu bahagia,
BalasPadampasrah itu indah. :)
eh mcm lebih kurang je entry kita. hee
BalasPadamkalau dia lbh bahagia dgn org lain lepaskn dia even kita sakit. sy tahu mcm mane sakitnya tu. tp tgk dia happy pn sy blh happy.
Sabar & Redha tu lebih bahagia..
BalasPadamsedih.tak pe. dah tak ada jodoh kan
BalasPadammoga sabar dan tabah
erm reda itu bahagia, pasrah itu menyerah? ehh
BalasPadamredha itu perlu .. dan kita kena hadapi
BalasPadamkadang-kadang aku rasa lepaskan dan reda sahaja dengan ketentuan Tuhan itu adalah yg terbaik..
BalasPadamkadang kadang dengan melihat orang yang kita sayang itu bahagia turut membuat kita bahagia :)
BalasPadamyap..reda lah dengan apa yang kita lalui hari ini..pasti ada bhagia nanti..
BalasPadammesti ada hikahnya :)
BalasPadam