Header Ads

  • Latest Posts

    Kejujuran Bukanlah Sesuatu Yang Mudah...

    Saya tertarik dengan status yang dikemaskini oleh seorang kakak semasa saya menuntut di IPG dahulu; Misraini Wazir. Pada saya, beliau seorang yang berkebolehan dalam bidang seni dan bahasa. Katanya; KEJUJURAN bukanlah sesuatu yang mudah bagi mereka yang sentiasa mahu kebenaran itu disembunyikan. Bait kata itu membuatkan fikiran saya ligat.

    Pernah jumpa seseorang yang apabila kita bertanyakan sesuatu secara ringkas, dia akan menjawab dengan panjang lebar, sedangkan jawapan berjela-jela yang diberikan itu tidak sama-sekali relevan dengan soalan kita? Penuh auta dan putar belit. Ke Laut. Dan kesudahannya soalan kita menjadi satu kebodohan. Dan saya selalu sangat rasa macam diperbodoh.

    Pernah sekali saya cuba menyembunyikan kebenaran untuk menjaga hati seseorang. Tapi saya silap dan ternyata; tanpa kebenaran, hati seseorang boleh jadi jauh lebih parah. 

    P/s: Berkatalah benar meskipun pahit. Kita harap Malaysia MENANG tapi ternyata Malaysia MENANGis. Piala AFF Suzuki tahun ini bukan milik kita. Malaysia dah cuba yang terbaik. Cuba lagi pada masa akan datang :)

    17 ulasan:

    1. Setuju..pentingnya kejujuran dalam kehidupan...

      BalasPadam
    2. betol betol. jangan penah sorok kebenaran. sebab kebenaran pasti akan menang jua. oleh itu. jujurlah :)

      BalasPadam
    3. hehehe.dok song malaysia huhahuha tapi dalam hati geramm tengok corak permainan yang ntah ape ape.kucar kacir dan geramm maseh tetap tersemat kerana tiadanya Badri Radzi Noorfarhan Daudsu Khairul Fahmi azwan Roya Indra Putra Mahyuddin. bukan semangat kenegerian namun prestasi mereka berada di kemuncak ketika ini dan kena tiada dalam 1st eleven malam tadi. apapun walau kebenaran ini pahit kita tidak mampu untuk melawan menentang mahupun berkata-kata kerana ada orang yg merasa lebih hebat dan mahir dari mendengar curahan kata kata peminat.selamanya trw!semoga menjadi lebih gemilang Kelantan Darul Naim. reff biased dgn kelantan pun boleh menang.reff biased sket je malam tadi xleh menang juga. geramm tol!kihkih

      BalasPadam
    4. Setuju 100%...Kejujuran itu bukanlah sesuatu yang mudah ^_^

      BalasPadam
    5. salam..

      sakit untuk berlaku jujur
      tapi lebih sakit lagi bila jujur tapi tidak difahami.

      BalasPadam
    6. bagi rietta kejujuran itu penting....walau kadang kala, ianya sangat menyakitkan...

      BalasPadam
    7. @Si Matatajam: sangat penting ^^,

      @~cik atin~ hehe baik.. ^^

      @snf: tunggu TRW lpas ni plop :D

      @Dunia Wilma: kena usahakan :)

      @inche hlovate: cuba lagi :)

      @Syira Qahira: betul.. sakit.

      @HeNRieTTa JoSe: yes dear :)

      BalasPadam
    8. errr baiklahhh sejujurnya saya cintakan ***** hahaha

      BalasPadam
    9. suka quote tu.. betull... benda ni boleh apply dalam exam.. tak perlu jawapan yang pnjg berjela-jela. cukup ringkas dan padat. keh3... exam mode... tak lama dahh... --"

      BalasPadam
    10. ckp byk2.. explain byk2.. tp tak jujur. stress.. baik diam.. jujur adakala bukan dr kata2.

      BalasPadam
    11. Sesiapa sahaja boleh menyebut perkataan jujur, tapi hakikatnya kejujujuran tidak sekadar dilafazkan sahaja.

      BalasPadam
    12. @zila manaf: siapakah itu?? hehe..

      @Hansyirah Takezur: yes, point tu yang paling penting :D

      @Leeza dayasari [santai leeza]: banyak jujur di mulut je skrg. haha..

      @akuanakpahangsangatlah benar :)

      BalasPadam
    13. tak pe. cuba lagi 2 tahun lagi. kali ni kena hantar pasukan yg lagi hebat :)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728