Header Ads

  • Latest Posts

    Panduan dan Semakan Menduduki Ujian MEdSI ISMP 2013

    Pengenalan
    Menurut Holland (1998), keselarasan antara ciri-ciri guru dengan sesuatu kerjaya adalah penentu kepada motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam kerjaya. Menurut Parson (1908, dalam Sidek Mohd Noah, 2005), pemilihan kerjaya yang baik adalah seakan-akan sama dengan memadankan pasak bulat ke dalam lubang bulat atau pasak empat segi ke dalam lubang empat segi. Ini bermakna, terdapat keperluan untuk menentukan "individu yang betul untuk kerja yang betul" diberi perhatian sewajarnya dalam pemilihan calon guru. Berdasarkan matlamat ini serta parameter penting kriteria pemilihan guru iaitu personaliti, minat, pencapaian, nilai integriti, dan kecerdasan emosi. Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) digunakan untuk tujuan itu.

    Semakan menduduki Ujian MEdSI bagi kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan September sesi 2013/2014 boleh dibuat melalui http://akademik.upsi.edu.my/kemasukan/MEdSI.html

    Format MEdSI
    Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu Personaliti (110 item), Minat Kerjaya (60 item), Nilai Integriti (70 item), dan Kecerdasan Emosi (60 item).

    Tujuan MEdSI
    Instrumen MEdSI telah dibangunkan untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti, dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pengajian pendidikan di IPTA.

    PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPATUHI OLEH CALON SEMASA MENDUDUKI UJIAN MEdSI DAN TEMU DUGA


    Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan

    Etika Pakaian Lelaki
    • Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja (tuck-in). Memakai kasut dan berstokin; Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;
    • Sandal/selipar tidak dibenarkan;

    Rambut Lelaki
    • Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju; 
    • Fesyen rambut tidak keterlaluan; 
    • Rambut tidak boleh diwarnakan. 

    Etika Pakaian Perempuan
    • Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata; 
    • Baju mesti berlengan panjang atau paras siku dan tidak ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan; 
    • Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana; 
    • Sandal/selipar tidak dibenarkan; 
    • Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan. 

    Rambut Perempuan
    • Rambut tidak boleh diwarnakan; 
    • Fesyen rambut tidak keterlaluan. 

    Membawa Kad Pengenalan /MyKad 
    Calon diminta membawa kad pengenalan/ MyKad ATAU dokumen pengenalan diri lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. 

    Membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI 
    Calon diminta membawa Slip. Slip boleh dicetak melalui laman web rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris (http://akademik.upsi.edu.my/kemasukan/MEdSI.html). Kegagalan membawa Slip boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian. 

    Peralatan yang perlu di bawa untuk Ujian MEdSI 
    Ujian MEdSI 
    Calon diminta membawa sendiri alat-alat tulis secukupnya untuk menduduki ujian seperti berikut : 
    • Pensil 2B 
    • Getah Pemadam (Eraser) 
    • Pena mata bola (ball pen) warna hitam/biru 

    Calon diminta membawa dokumen asal seperti berikut: 
    Kad pengenalan/MyKad calon

    3 ulasan:

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728