Header Ads

  • Latest Posts

    Mohon | Jangan Hina Cikgu


    saya tak pernah nak marah kalau awak sedikitpun tidak memandang saya dan golongan guru yang lain itu tinggi kerna itu hak awak dan kami sedikitpun tidak pernah terlintas untuk meminta dipandang tinggi. Saya juga tak kisah jika awak selalu agung-agungkan golongan pegawai sehingga awak angkat semuanya setinggi langit. Tapi saya sedikit terkilan, bila gelaran’cikgu’ itu diperlekehkan. 

    Saya sedih bila gelaran ‘cikgu’ itu awak hina. Ya, pendapatan saya mungkin tak termampu untuk menandingi pegawai-pegawai yang awak selalu perkatakan tapi saya nak awak tahu bahawa jalan yang saya pilih ini bukan wadah untuk saya kejar pendapatan. Mungkin awak lupa bagaimana berdirinya pegawai-pegawai yang awak sanjungi.

    Mungkin awak tak ingat di mana tempatnya pegawai-pegawai awak menimba ilmu. Mungkin juga awak tak sedar, kalau tak ada golongan seperti kami, pegawai awak tu mungkin bukan seperti dia sekarang. Bukan saya nak buka kata angkuh, tapi saya cuba nak bagitahu realitinya kepada awak yang terlalu sombong! Bila nanti awak susah, silalah mencari pegawai yang awak damba, saya harap pegawai tu ada. Jangan cari saya, bukan saya tak nak tolong, tapi saya takut terhina lagi. Saya tak tahu macam mana nak buat awak faham sebab saya tahu awak pun degil macam saya!

    Daripada Ibrahim An-Nakhie, katanya:"Guru yang mengajar kanak-kanak dimohon keampunan oleh para malaikat di langit, haiwan di bumi, burung-burung di udara dan ikan-ikan di laut"

    13 ulasan:

    1. kenapa?
      ada org hina cikgu nih kew?

      BalasPadam
    2. slm...
      seorang cikgu bukannya minta di sanjung... cukup la sekadar doa dari anak muridnya yang selalu mengingati usaha cikgu.. dan cikgu hanya berharap anak muridnya memanfaatkan sepenuhnya ilmu yg dipelajari

      BalasPadam
    3. sape yg ckp cmtu?xptt2...dia belom paham apa maksud cikgu sebenarnyer tu..luper ke dulu b4 dia jd skrg..sape yg ngajar dia?hurm...mcm2 dunia skrg..

      BalasPadam
    4. tp cmne plak ngn cgu y sy xsuke..
      sy xpnh mngharapkn kenal mereka..
      apetah lg meminta mereka supaya mngajar sy.. sy bnci mereka dan kalau mereka meminta maaf dgn membunuh diri dan keluarga mereka didepan saya pon xmungkin akn sy maafkn mereka...

      itu adelah gambaran betape bencinye seorg budak y baru hendak membesar apa kepada org y terpakse dipanggil cikgu... tp bukan kamo la yea =)

      BalasPadam
    5. erm btl 2
      orang patut kenang jasa guru ni
      jangan pandang rendah kepada guru

      BalasPadam
    6. Betul kata kamu..

      klu secara realitinya

      kerana guru adanya perdana menteri
      kerana guru adanya pegawai
      kerana guru adanya guru pelapis


      Banyak jasa guru ni..

      BalasPadam
    7. > to beloved fwen |FiR,cG AdHam, hTamPteH,suE n PjuaNg kSeNian|

      yeap.. ble kte dgar glongan gru sring dkecam, kte da trasa skitnya.. aptah lg ble sgalanya tertimpa direct kpd kte, huhu.. sakit!

      thanx ya teman2, saat ku sakit, kamu msih dcnie, (^__^)

      BalasPadam
    8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      BalasPadam
    9. >>to criestz@ihsan

      hmm san, kelapa yg standan tue pn manakan semuany kte dp rasai nkmatnya, bukan semuany mnjadi..

      andai dia pnah mmberi kta chya even sdikit, belajarlah mnerima. mungkin slah dia tp kte blajarlah utk mmbuang yg keruh =)

      kmu bdak baik kn san, ambil yg jernih.. mengalah xbmkna kalah (^__^)

      BalasPadam
    10. i am 1 of them years before...(pndg rndah guru)

      huhu..tapi tak sekarang

      bukan sebab i am a teacher

      tp..ntah

      hanya guru memahami apa itu guru.

      bila kamu kesekolah dan melihat sendiri betapa'dahaganya' mereka..

      baru kamu akan faham bahawa xde apa yg lebih mulia dr seorang guru..

      BalasPadam
    11. syukran ya ukhti..
      na'amm, byak keadaan memerlukan kte merasa tlebih dahulu utk memahami..

      =)

      BalasPadam
    12. sape yg jahat ckp cikgu mcm tuh???

      ** I AM TO BE A TEACHER!!**

      BalasPadam
    13. huhu tue la mal.. hrap2 org tue fhm suatu ari nnt..hmm

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728