Header Ads

  • Latest Posts

    Kisah Itik Dengan Pelbagai Jenis Itik Di Dunia


    Si itik daging hidup berjiran dengan si itik serati, dek kerana berjiran, hubungan mereka agak rapat walaupun ada ketika wujud perselisihan mungkin kerana faktor pertuturan atau dialek yang berbeda. Huhu.. Si itik serati pula berkawan rapat dengan si itik telur yang rumahnya berada di wilayah berlainan dan kurang berkomunikasi dengan si itik daging. Rapat jualah si itik serati dan si itik telor ini kerana seperti yang kita ketahui, itik serati ini dikira sebagai jenis itik yang berada antara itik daging dan itik telur dan ada kemungkinan nasabnya lebih kepada spiesies itik telor.

    4 September 2009 |sekitar jam 12 tengah hari|
    Alkisah bermula saat si itik daging ini ada terdengar berita perihal ada orang bercakap tentang perkara yang tak baik mengenai si itik telor. Semasa berbual di tepi pokok tebu belakang rumah Mak Cik Wan Rokiah, si itik dagingpun terberitahu hal itu kepada si itik serati. Si itik daging bukan berniat nak memburuk-burukkan si itik telor, Cuma dalam masa tidak mahu membesar-besarkan cerita yang didengarinya, si itik daging ini terlepas cakap. Maka tahulah si itik serati akan kisah orang bercerita hal tidak elok si itik telor yang mungkin dapat menjatuhkan maruahnya.

    Si itik serati berkira-kira, berfikir… lalu si itik seratipun mengambil keputusan untuk membuatkan si itik telor termaklumi akan cerita yang tersebar itu. Bukan mahu menjatuhkan maruah, bukan kerana mahu mengamalkan sikap mulut tempayan, jua bukan kerana ingin mencetus kebinsaan, Cuma mahu cerita tentang si itik telor itu dijernihkan! Namun sayangnya, si itik serati silap perhitungan. –ve. Si itik telor marah-marah. Lari cepat-cepat. Membebel entah apa butirannya… mungkin bengang, si itik seratipun tidak tahu…

    Alahai si itik telor… si itik serati Cuma mahu kamu termaklumi… agar jika perkhabaran itu salah, kamu betulkan… agar jika keadaan itu keruh, kamu jernihkan… agar jika semua itu mencalar maruahmu, kamu perjelaskan… agar jika itu bukan kamu, kamu tegaskan… hanya itu!

    …dan jika si itik serati itu berbuat durja. Durjanakah dia hanya kerana tidak mahu maruah sahabatnya terpijak?! Tercalar?!

    Harusnya Ghibah ---- t-tazhallum, al isti’ânah ‘ala taghyîril munkar wa raddal ‘âshi ila ash shawâb, al istiftâ`, tahdzîrul muslimîn min asy syarr wa nashîhatuhum, al- mujâhir, at-ta’rîf...

    |perhatian| cerita di atas bukanlah satu fakta melainkan auta semata-mata. elakkan daripada mengambil mana-mana pernyataan berkaitan itik ini apatah lagi sebagai bahan bukti di meja pendakwaraya... 

    10 ulasan:

    1. slm. walaupon auta... tp cerita ni ada tersirat juga dlm msykt kita...

      BalasPadam
    2. Itek serati salai pun bes..masak lomak..

      BalasPadam
    3. salam kmbali cgu adham=) hmm ad jua terselit, meski kecil, terkdg mngkin mmberikan impak yg besar, huhu..

      BalasPadam
    4. abg relevan, btol kew best itik serati salai tue?? hehe kna try mkn jgak nih!! hehe..

      BalasPadam
    5. telo itik masak gulai pon sodapp..hehe ;)

      BalasPadam
    6. takut tgk gmbr itik tu...kesian diorg..
      huhu

      BalasPadam
    7. Betul lah ahsfantasy..nanti balik Mesia suh mak buat..

      BalasPadam
    8. da dok mesia nie abgku rleven=)..hmm kna try nih itik pnggang ng telo itik msak glai, salalu mkn telo itik rbus jek, hehe..

      BalasPadam
    9. slm,
      bagus kerana mata pena lebih tajam dr mata pedang... banyakkan menulis deh...

      BalasPadam
    10. huhu..
      hny itu yg trluah,
      bkn niat nk mngguris rsa,
      =)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728