Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Tidur Saya Makin Lena!

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Julai 4 4 Buah Fikiran Pengunjung
Tidur oh tidur! Ni bukan cerita saya yang mengalami masalah Insomnia yang kritikal, cuma saya agak sukar tidur bila adanya cahaya yang terang diwaktu malam, riuhnya kebisingan, dan rasanya saya keseorangan! Seksanya bila tak boleh tidur time kita rasa betul-betul perlukan tidur tu. Saat tu, memang nangislah!

Solusinya, tutup lampu pada waktu malam. Tidur dalam kegelapan di malam hari ni baik untuk tubuh. Joan Roberts cakap:
"Hanya dalam keadaan yang benar-benar gelap tubuh menghasilkan Melantonin, salah satu hormon dalam sistem kekebalan yang mampu memerangi dan mencegah pelbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat. Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari, walau sekecil manapun sinarnya akan menyebabkan produksi hormon melantonin terhenti."

Bila dah gelap tu, memang ada roh la nak tidur, tapi kalau bising sangat? Oh, bisukan suara yang meriuhkan itu! Tapi, mampukah kita? Kalau mulut tempayan, senanglah nak ditutup, kalau manusia punya mulut? Oh, tiada komen!

Apa yang paling membahagiakan tidur saya sekarang, teman tidur saya dah bertambah! Malam menjadi semakin bahagia. 2 bantal + 2 ekor beruang dan sekarang + lagi satu beruang! terima kasih ya kepada awak yang menghadiahkan si Pinky tu!! Bila katil dah penuh dengan bantal-bantal n beruang-beruang tu, taklah rasa keseorangan sangat!

P/s: Tapi kalau dah mengantuk sangat tu, letak kepala, pasti terlena.

4 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger