Header Ads

  • Latest Posts

    Err... I'm Sorry!

    Awak.. Kalau awak ada terasa hati, maafkan saya, saya tak bermaksud nak lukakan hati awak, saya tak berniat nak mengguris perasaan awak..

    saya tahu awak terluka, tapi saya tak tahu macam mana lagi nak heret awak lari daripada cerita itu. Saya tak nak awak terus-terusan disakiti oleh cerita tu. Tapi saya dah buat silap, saya dah buat awak lagi terluka...

    Awak nangis, saya tahu awak sebak... awak fikir saya berpaling, awak risau saya menjadi lawan.. Tapi macam mana saya nak bagitahu awak lagi yang saya takkan khianati orang yang saya sayang!

    Saya sedih bila tengok awak nangis, sebak, memang saya lemah sangat bila berhadapan dengan tangisan. Awak cuba buat apa yang saya tak suka, saya cuba halang, tapi awak tengking saya.. saya tak marah, cuma hati ni sakit sangat bila awak teruskan juga..

    saya cuba bersahaja, cuba bermuka-muka, beraksi macam tak ada apa-apa rasa, tapi saya sedang kecewa! Saya turun daripada kereta, biarkan awak dengan cara awak. Awak mungkin rasa cerita itu tenang di situ, tapi semua tu sangat keruh di hati saya! Awak pegang tangan saya, hati saya makin sebak... pipi saya turut basah.. Ersstt, saya bukan pelakon handalan!

    Tapi hari ni, saya tak nak fikirkan keadaan saya, tentang saya dan dia.. saya cuma nak awak baik-baik ajew.. Tak nak tengok awak sedih-sedih lagi.. tak nak tengok awak susah-susah hati lagi..

    Maafkan saya untuk segala-galanya, saya sayang awak!

    4 ulasan:

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728