Header Ads

  • Latest Posts

    Ekspedisi Mendaki Gunung Datuk


    Ekspedisi Gunung Datuk. 8/8/10. Memang bahagia. Saya memang sukankan aktiviti lasak dan outdoor. Mula-mula berdebar juga bila tengok ekspedisi kumpulan yang terdahulu; ada yang cedera, ada yang pengsan.. Tapi bila dah mula ekspedisi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

    Sampai di puncak pun lebih awal daripada jangkaan, tak sampai dua jam. Dua tiga kali juga berhenti berehat. Masa nak turun tu pun lebih singkat daripada masa untuk mendaki ke puncak. Syukur sangat-sangat sebab sepanjang ekspedisi, cuaca sangat baik. Namun lebih kurang 20 minit selepas kami sampai di kaki gunung, hujan mula membasahi. Mujur cepat sampai.

    Cabaran buat saya, masa nak turun gunung, dada sebelah kiri saya sakit sangat. Mungkin kejutan saat saya terlalu teruja berlari menuruni cerun. Keadaan tu memaksa saya kerap berhenti. Tapi bila ada orang sapa, "Eh, kenapa pegang baju tu, are you okay?," saya pasti akan jawab, "Yeah, i'm okay!"  

    Tapi apa yang paling seronok, bila dia juga menyertai ekspedisi ni. Bukan apa, terlalu susah untuk kami bersama-sama sertai aktiviti luar yang dianjurkan kampus. Seingat saya, selain program BIG, ini yang pertama. Kenapa? mungkin dunia kami jauh berbeza!

    P/s : Saya sayang orang tanpa sebab, saya sayang sebab saya sayanglah! Awak pun sama kan?

    8 ulasan:

    1. kelip mata sebelah. tanda nya caiyok haha

      BalasPadam
    2. owh gtu ae?..
      klip 2blah mta,
      tanda trma ksih!!

      hihihi *^_^*

      BalasPadam
    3. >>skieyn:
      hehe sgt best utk brsntai :)
      nei kt rembaau, ngri 9..

      BalasPadam
    4. xpew2..byk ag pogrem yg belyh join ngan kakak..dun worry...she always wif u...

      BalasPadam
    5. >>ieyda:
      er..huhu~
      mhu kmu jgak sntiasa bsme sy :)
      ^^,

      BalasPadam
    6. syoknye dapat dakibukit huhu nak ikut leh tak

      BalasPadam
    7. >>mujahid_cinta:
      alamak2..da lpas da..
      next time ae..huhu~

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728