Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Buat Baik dan Berlagak Suci

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Disember 24 23 Buah Fikiran Pengunjung

Apa yang terkadang kita lupa? Terkadang kita berlagak suci sampaikan kita terlupa yang kita juga manusia penuh noda kan? Sibuk nak mengutuk mengata orang tanpa cermin dulu siapa kita. Kalau untuk kebaikan, alhamdulillah. Tapi kalau sampai menjatuhkan maruah dan martabat seseorang, rasanya ada sesuatu yang kita lupa di situ, cuba fikir-fikirkan.


Ya, berbuat baik tu perlu, dan mengajak kearah kebaikan juga perlu bahkan mulia dan tinggi kedudukannya. Tapi terkadang kita tak sedar riak menguasai diri. Nak buat baik, perlu cerita satu dunia? Hebohkan cerita yang kita nak buat sesuatu amal untuk membuatkan orang nampak diri kita ni mulia? Zaman sekarang hanya Allah yang tahu menilai hati manusia, hati tu tempat jatuhnya pandangan Ilahi bukan?

Jadi bila nak buat baik, jangan pula disulami dengan riak. Bukankah itu sia-sia? Tanpa kita bagitahu pun, orang dah cukup cerdik nak nilai perbuatan kita. Kalaulah di mata kita tu semua orang dungu untuk menilai, jangan pula kita lupa yang Allah itu adil dan bijaksana. Jangan nanti kerana mulut yang terlalu membanggakan diri sendiri tu orang menghakimi diri kita tak seperti yang kita jangka. Mengaibkan diri sendiri? Na'uzubillah...

P/s: Kalau suci hati kita, buatlah sesuatu dengan ikhlas.

23 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger