Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Sakit Hati Tak Bila Orang Suka Mengungkit?

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Disember 23 36 Buah Fikiran Pengunjung

Mengungkit ni banyak jenis kan? Mengungkit bila pernah buat baik, mengungkit kenangan lalu, mengungkit kesalahan lampau, dan bermacam-macam lagilah kan?


Mula-mula macam mulia semacam bila selalu tolong kita dan memberi tanpa kita meminta. Siap dia tanya lagi nak dia tolong kita apa? Indah kan? Tapi ya lah manusia ni banyak jenis kan? Bila kita buat silap sikit, oh dia mula mengungkit! Siap bawa buku kira-kira 5 sen lagi nak bagitahu apa yang dia dah buat untuk kita.

"Orang yang menerima apa yang kamu hulurkan tu bukan tak menghargai kamulah der, dia kan selalu ucap terima kasih banyak-banyak. Tapi balasan yang kamu ingin tu kadang-kadang orang tak mampu nak bagi. Jadi jelas kan selama ni kamu sembunyikan udang di bawah maggi?"

Lepas tu setiap kali gaduh, bila dah berpunca daripada kesilapan dia, dia sibuk nak ungkit satu kesalahan kita di zaman tadika. Kira kesalahan dia yang ke 1000006 itu ditimbal balik dengan satu kesalahan kita di zaman tadika. Menarik. Sakit hati tak? Taklah, i'm okay... (tipu!)

P/s: Saya nak kena study banyak-banyak tentang ikhlas ni, jom sama-sama beramal!

36 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger