Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Hutang Mesti dituntut Walau Tak dibayar

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Disember 21 29 Buah Fikiran Pengunjung

Tajuk tu terbalik ya? Okay sila balikannya semula. Terlintas nak tulis pasal hutang bila ternampak status kawan di laman facebook tentang kewujudan manusia yang susah sangat nak langsaikan hutang. Tambahan pula ada teman rapat saya mengalami masalah orang tak nak bayar hutang walau dah bertahun pinjam.

Manusia ni sedia maklumlah banyak jenis kan. Masa nak berhutang tu buat muka 5 sen, mulut banyak punya manis, janji akan bayar dalam tempoh-tempoh tertentu, reka habis semua cerita-cerita yang mengait simpati, puji puja kita bagai ratu, macam-macam lah!

Tapi bila tiba masanya nak bayar, melarikan diri pula. Nak kata tak berkemampuan, macam tak logik. Lagi-lagi kalau setiap bulan terima elaun atau gaji. Orang call, haram dia nak jawab. Kalau hantar SMS, memang jangan haraplah dia balas. Bila jumpa, dia buat muka comel tak bersalah pula. Macam mana si pemiutang ni tak hangin?

kalau tu, mungkin okay lagi. Tapi bila dah tiba part dia mengamuk bila orang minta bayar hutang, memang tak boleh tahan bangang la dia tu. Siap tengking-tengking sampai nak luruh jantung si pemiutang. Tak cukup dengan tu, dia bagi pakej maki hamun plus mencarut pula! Ya Tuhan tabahkanlah hati si pemiutang itu...

Hutang tak bayar, tapi hujung minggu shopping bagai! Siap beli hadiah pastu belanja buah hati macam-macam. Mana si pemiutang tak sakit hati der! Seronok ya tak bayar hutang ni? Senang hati? Lain kali kalau dah tahu susah nak bayar hutang, jangan berhutang okay. Tolong!

P/s: Patutlah Ah Long tu kejam.

29 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger