Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Kenapa Tak Ramai Orang Tinggalkan Komen di Blog?

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Disember 22 37 Buah Fikiran Pengunjung

Rasanya tak ada orang yang tak suka bila ramai orang tinggalkan komen di entrynya. Jadi kita kena tahu apa yang telah mematikan nafsu seseorang untuk meninggalkan komen di blog kita. Ayuh kita kongsikan bersama apa yang seharusnya kita lakukan.

Pertamanya, bila kita sombong. Kalau orang datang tinggalkan komen kat blog kita, lepas tu kita terlajak gembira dan lupa untuk berkunjung kembali ke blog dia dan meninggalkan komen, nafsunya untuk komen di blog kita juga akan kian pudar. Atau mungkin kita sedang berbaik-baik dengan orang sombong? ayuh cari teman di blog blogger peramah!

Kedua, bila blog kita berat sangat untuk loading. Macam mana nak tahu blog kita ni berat atau tak? sila timbang blog anda di entry jom timbang berat blog anda. Selagi boleh ringankan, minimakan berat blog kita. Rasa macam tak best kalau blog cantik tapi tak ada orang jenguk kan?

Ketiga? Bila setting ruang untuk pengunjung tinggalkan komen kita tu buat orang tak selesa. penggunaan setting yang kurang mesra pengguna akan membuatkan pengunjung malas untuk menghabiskan masa semata-mata mengunggu loading blog kita. Tetapan yang paling digemari adalah pop-up window. Macam mana nak buat? sila lihat di entry berfikir dalam kerisauan.

Keempat, penggunaan verification word. Perasan tak, kalau kita nak komen sesetengah blog tu, kita kena salin semula perkataan yang dipaparkan sebelum post komen? Itulah yang orang panggil verification word. Leceh dan bazirkan masa orang yang nak komen.

Akhir sekali, buatlah enty yang berkualiti atau menarik. Rasanya setakat tu sahaja boleh saya fikirkan sekarang, jom sama-sama berubah untuk kemajuan dan kepuasan blog kita!

P/s: Jom jenguk blogger yang peramah!

37 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger