Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Alahai Kekasih Hati Wak 'Control'

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Disember 20 38 Buah Fikiran Pengunjung

Serius, menyampah! Tiba-tiba serabut tengok lelaki atau perempuan yang suka cari gaduh dengan pasangan dia, tambah-tambah lagi naik angin tak semena bila pasangannya tak nak berkongsi password, tak kisahlah facebook, twitter, myspace, friendster, blogger atau apa sahaja. Eh, tu privacy dia lah! Kamu sibuk bagai tu kenapa? Kamu tu suami atau isteri dia? Nak mengamuk tak tentu hal, apa kes? Membingitkan orang lain tu yang kita rasa menyampah.


Langit yang cerah pun kita tak boleh nak sangka cerah sampai petang, kalau malam tu memang dah sah-sah gelap. Baru jadi kekasih dah mula nak jadi dewa pengongkong tak bertauliah. Baru seminggu declare couple, dah nak menyibuk bagai! Masa bahagia memanglah, kentut pun bau strawberi. Tapi bila gaduh atau putus cinta, kalu dah terlebih kongsi nanti bukankah padahnya lebih parah? Hari esok siapa boleh duga?

Ni saya ada cerita yang sikitpun saya tak tipu, 2 tahun yang lalu. Kawan saya couple bagai nak rak. Password friendster pun kongsi. Konon sharing is caring la. Senang mungkin nak pantau aktiviti si kekasih ni. Eh, kalau dia nak curang pun, takkan dia nak belaku curang dengan sesuatu yang kamu boleh kesan kan? Lepas putus, memang parah, bekas kekasih dia tu mencarut guna akaun Friendster dia. Tu salah satu contoh yang kita nampak. Macam-macam boleh berlaku. Siapa sangka?

P/s: Bersederhanalah dalam apa jua keadaan meskipun mencintai.

38 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger