Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Logo Rasmi IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Posted by Ahsfantasy Ryu Sabtu, Februari 20 2 Buah Fikiran Pengunjung

Kebiasaannya, sukar untuk mencari logo rasmi institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGTAA). Mohon pertolongan daripada mana-mana enjin pencarian, sudah pasti banyak versi yang muncul mengikut era image tersebut dimuat naik. Bagi memudahkan rakan-rakan yang memerlukan logo terbaru untuk kerja-kerja yang berkaitan dan juga diri sendiri, elok kiranya saya muat naik logo terbaru ini di sini.

Mungkin dek kerana nama institut pendidikan ini kerap juga bertukar, bermula dengan nama Maktab Perguruan, Institut Perguruan, Institut Pendidikan Guru Malaysia dan muncullah nama yang sebenarnya; Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Tapi bukan itu permasalahannya kerna kita harus menerima sebarang pembaharuan dan perubahan untuk membayar harga sebuah kemajuan! Semoga mendapat manfaat bersama!

Update: Untuk mendapatkan Logo IPGM induk yang terbaru, sila klik Logo Rasmi Institut Pendidikan Guru (IPG).

Alat Tulis Zaman Kecil-Kecil Dahulu

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Februari 9 6 Buah Fikiran Pengunjung
Esok, 10 Februari 2010 akan diadakan kuiz bagi subjek Fisiologi & Anatomi, namun 1 helai notapun tak saya sentuh; malas. Penyakit yang sukar saya ubati, huhu... Encik Salleh, maafkan saya atas kemalasan itu. Tiba-tiba rasa nak membuat senaman jari. Nah, apalagi yang harus saya lakukan melainkan menjelma di sini.

Teringat kisah dulu-dulu, zaman 90-an, sewaktu di tadika & sekolah rendah di kampung tercinta (kawasan pinggir bandar). Kalau pergi sekolah:
  1. Benda yang paling bangga bagi budak-budak zaman saya dulu adalah bila dapat miliki pengasah pensel yang boleh pasangkan kat meja tu. Alahai yang macam mesin ABC (air batu campur) zaman dulu yang pusing dengan tangan tu.Masa tu, habuk pensel yang lepas asah tu pun punya saham yang tinggi. Tapi saya tak kisah sangat dengan semua tu, saya lebih selesa dengan pengasah yang berharga 20 sen tu, siap ada cermin lagi tu kat belakang!
  2. Lepas tu pula, bila miliki pensel warna LUNA yang 24 batang tu. Boleh bayang tak kawan-kawan? Pensil warna yang ada banyak warna tu, merah jambu, kuning muda, kuning tua, merah muda merah tua semua ada! Siapa yang ada pensel warna tu, memang kembang la hidung, tak kira masa sedut nafas ataupun tarik nafas. Mana taknya? berapa orang la sangat yang miliki semua tu. Tak kisah lagi dengan semua tu, tapi yang pastinya saya dah cukup bersyukur miliki pensil warna LUNA 12 batang!
  3. Koperasi. Sebelum bunyi loceng, semua akan serbu la, tambah-tambah lagi bila kecoh-kecoh dalam kalangan semuanya bahawa di koperasi ada jual pemadam berbentuk buah-buahan! Memang layan habis! semua jenis bentuk buah ada; strawberi, epal, anggur dan macam-macam lagi. Seronok yang tak boleh nak gambarkan!
  4. Kotak Pensel. Zaman tu memang layan la kotak pensel 2-3 tingkat, lagi-lagi kalau yang ada magnet! ada sesetengah budak zaman tu boleh berguling-guling kalau tak dapat!
  5. Pembaris pula rasanya biasa-biasa sahaja. Cuma murid-murid zaman tu suka beli pembaris panjang, siap boleh beli 2-3 lagi kumpul koleksi semua warna! Tapi kalau saya pula, beli pembaris buat pukul lalat! (sungguh tak senonoh)
Sekian sahaja ulangkaji saya untuk kuiz Anatomi & Fisiologi. Ini adalah pengisian pengembalian rasa yang saya terkenangkan. Mungkin beda dengan kalian, kongsi jom!

...Tulisan Rakan Blogger