Header Ads

  • Latest Posts

    Alat Tulis Zaman Kecil-Kecil Dahulu

    Esok, 10 Februari 2010 akan diadakan kuiz bagi subjek Fisiologi & Anatomi, namun 1 helai notapun tak saya sentuh; malas. Penyakit yang sukar saya ubati, huhu... Encik Salleh, maafkan saya atas kemalasan itu. Tiba-tiba rasa nak membuat senaman jari. Nah, apalagi yang harus saya lakukan melainkan menjelma di sini.

    Teringat kisah dulu-dulu, zaman 90-an, sewaktu di tadika & sekolah rendah di kampung tercinta (kawasan pinggir bandar). Kalau pergi sekolah:
    1. Benda yang paling bangga bagi budak-budak zaman saya dulu adalah bila dapat miliki pengasah pensel yang boleh pasangkan kat meja tu. Alahai yang macam mesin ABC (air batu campur) zaman dulu yang pusing dengan tangan tu.Masa tu, habuk pensel yang lepas asah tu pun punya saham yang tinggi. Tapi saya tak kisah sangat dengan semua tu, saya lebih selesa dengan pengasah yang berharga 20 sen tu, siap ada cermin lagi tu kat belakang!
    2. Lepas tu pula, bila miliki pensel warna LUNA yang 24 batang tu. Boleh bayang tak kawan-kawan? Pensil warna yang ada banyak warna tu, merah jambu, kuning muda, kuning tua, merah muda merah tua semua ada! Siapa yang ada pensel warna tu, memang kembang la hidung, tak kira masa sedut nafas ataupun tarik nafas. Mana taknya? berapa orang la sangat yang miliki semua tu. Tak kisah lagi dengan semua tu, tapi yang pastinya saya dah cukup bersyukur miliki pensil warna LUNA 12 batang!
    3. Koperasi. Sebelum bunyi loceng, semua akan serbu la, tambah-tambah lagi bila kecoh-kecoh dalam kalangan semuanya bahawa di koperasi ada jual pemadam berbentuk buah-buahan! Memang layan habis! semua jenis bentuk buah ada; strawberi, epal, anggur dan macam-macam lagi. Seronok yang tak boleh nak gambarkan!
    4. Kotak Pensel. Zaman tu memang layan la kotak pensel 2-3 tingkat, lagi-lagi kalau yang ada magnet! ada sesetengah budak zaman tu boleh berguling-guling kalau tak dapat!
    5. Pembaris pula rasanya biasa-biasa sahaja. Cuma murid-murid zaman tu suka beli pembaris panjang, siap boleh beli 2-3 lagi kumpul koleksi semua warna! Tapi kalau saya pula, beli pembaris buat pukul lalat! (sungguh tak senonoh)
    Sekian sahaja ulangkaji saya untuk kuiz Anatomi & Fisiologi. Ini adalah pengisian pengembalian rasa yang saya terkenangkan. Mungkin beda dengan kalian, kongsi jom!

    6 ulasan:

    1. hehe tetibe termiss kat skul rndh dulu..
      1. pgasah pnsel~ btl2! dlu femes la pgasah 2 tp still suka 'ggorek' yg ada crmin hehe smbil blh 'nilik

      2. kaler luna 24 batang~ huhu dlu x sempat nk miliki. dpt yg 12 jek dh la yg pendek pnye.. tp xpe, mwarna still dpt A haha

      3. koperasi vs pmadam~ hehe dulu suka beli pmadam yg ada bau yg sgt2 mnyelerakn haha rsa nk 'kekoh' jek.. pas2 kumpul byk2 n then wat prlawanan pemadam ngn 'saen2'. wahh windunye~

      4. kotak pensel~ pncil box selalu brtukar gnti mgikut musim huhu tp x penah lg berguling-guling.

      5. pembaris~ suka beli pmbaris yg blh main. ala yg ada bola kecil pas2 ada laluan ntok bola kecil 2 sampai ke destinasi hukhuk best.. sambil tension2 dgr ckg ajar blh main2 hikhik

      BalasPadam
    2. hehe.. ye ke xpnah guling2??
      ke malu nak ngakiu?? hehe..

      hmm luna 12btang pn da ley dpt A kn?=)

      pmdam tu mmg buat kte gile larh!
      kmpul tu jek keje, siap wat match ag kn?
      sape mnang, pmadam lwan tu die punye, hehe..

      mcm2 ad pncil box! =D

      haha ingat2!
      pmbris yg ad bola kecik mcm manik tu kn??
      miz it much!! =)

      BalasPadam
    3. Dulu suka main lawan2 pemadam..
      sapa menang dapat pemadam lawan tu..

      Pagi2 bawak 2 je pemadam..balik sekolah penuh satu kocek..last2 satu kocek kene rampas ngan cikgu..

      BalasPadam
    4. hehe..btol wan..sape yg kna tndih,
      die dkra kalah..=D

      cgu awk rmpas ek?..
      hehe//

      BalasPadam
    5. masa dulu yang menjadi seribu kenangan..yg tak mungkin dilupakan...sampai hujung nyawa...
      thanks kpd cikgu2 yang telah banyak berjasa, hingga aku jadi manusia yang berguna...:)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728