Header Ads

  • Latest Posts

    Murid atau Cikgu yang Bakal Gila?


    Selepas kerancakan wujudnya mata pelajaran Pendidikan Reproduktif dan Sosial, kini masyarakat disua pula dengan modul kesihatan mental untuk pelajar sekolah menengah. Apa itu Pendidikan Reproduktif dan Sosial? Pada awal kemunculannya, ia digelar Pendidikan Seks! Jelas? Bagus. Modul kesihatan mental ni wujud selepas bilangan pesakit mental meningkat 15.6 % kepada angka 400227 orang di hospital kerajaan.

    Bila ramai murid kena langgar, kita buat mata pelajaran lalu lintas, cetak buku aktiviti untuk murid-murid. Bila timbul kes jenayah seks, kita wujudkan Pendidikan Reproduktif dan Sosial, cetak lagi buku. Bila kes pesakit mental meningkat, kita perkenalkan pula Modul Kesihatan Mental, cetak lagi. Tahniah, Malaysia memang cekap! Tapi dalam konteks apa? Sila fikir sendiri...

    Segalanya bermula daripada nilai agama dan nilai moral. Itu yang seharusnya kita tekankan, ajar anak-anak Malaysia atas landasan hukum Tuhan. Berbalik kepada jiwa, jiwa perlukan santapan rohani bukan sekadar keduniaan. Perubahan itu perlu, tapi penelitian itu sejuta kali lebih perlu. Haruskah kita mempertaruhkan nasib bahan-bahan eksperimen yang merupakan nadi kecintaan kita? Sama-sama kita fikirkan.

    P/s: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang sedang diajar di sekolah kini bakal dihapuskan beberapa tahun lagi. Itu adalah mata pelajaran minor kedua dalam Pengijazahan saya nanti!

    15 ulasan:

    1. betul tu dik..bebenda nak belajar tu sebenarnya da merangkumi segala-galanya dalam pendidikan islam.
      tapi bila sebut belajar agama, semua juih bibir..ambil ringan, malas nak bertudung, alah..bosan..hishh...jadi kesannya da nampak skrg..serius akak tak suka idola kecil..salah satu punca segala-galanya..

      BalasPadam
    2. setiap menteri pelajaran akan mengetengahkan kegilaan mereka agar dilihat lebih gila drpd menteri2 pelajaran sebelumnya.

      BalasPadam
    3. Jah gila-gila... bukan gila.. kuang3..

      BalasPadam
    4. kami ni ag la k.ayu..
      da x blaja psk.. tuka jd muzik katenye..
      then, kne blaja kh lak.. haru biru da..sdgkn kh pn akn dihapuskn..
      mgu ni, EL2 xblaja pn ag.. :(

      BalasPadam
    5. tu la..
      sume nye kne berbalik kpd yg asal..
      agama pling penting..
      tp, agama tu la yg mkin jao ditinggalkan..

      BalasPadam
    6. uihh!!!
      ramai sgt sakit mental...
      isk isk

      BalasPadam
    7. hu.. tu tak jauh dari kg laman IM tu. shopping kain ela murah kat sana. tak caya, tanya ibu_suri...

      BalasPadam
    8. Iman perlu kuat..InsyaAllah hidup tidak terumbang ambing walau dtg camne dugaan pun

      BalasPadam
    9. >> Nora Shahaira:
      pemimpin yang utama bkal disoal kelak,
      huhuhu..

      >> al-mankaraqi:
      sharusnya ahli akademik yg mnntukan
      silibus pmbelajaran.. :)

      >> arep_lockermonth:
      alhamdulillah..

      BalasPadam
    10. >> TheChekJah:
      jah comel :)

      >> Diya Edhayaa:
      huhuhudah nsib kte..

      >> zati-zt:
      sygnya bila kte dibwa lari dr agama..

      BalasPadam
    11. >> Miecyber:
      merisaukan..

      >> mie:
      mohon dijauhkan..

      >> Insan Marhaen:
      ibu_suri ngah bz kot, hehe..

      >> d_LA:
      semoga dikuatkan iman yg nipis ini..

      BalasPadam
    12. betul tu sis as, ramai kan sekarang cikgu gila..haih....malaysia2...

      BalasPadam
    13. >> ....~MissMarshmalloW..~ :

      huhu adakah gila itu satu revolusi :)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728