Header Ads

  • Latest Posts

    Tugas Ustaz dalam Filem Melayu: Sekadar Halau Hantu


    Wah! Hantu raya, hantu pocong, pontianak, kuntilanak, toyol dan macam macam lagi menghantui fikiran kanak-kanak sedangkan mereka tak pernah jumpa hantu. Jadi, siapa hantu sebenarnya? Kalau saya yang nak ulas, takut mengarut pula memanjang, jadi saya petik di laman Berta Harian. Lepas tu, sila bagi pandangan masing-masing kalau sudi.

    Walaupun perkara ini bagi sesetengah orang adalah remeh, namun di kalangan sesetengah pendakwah, watak uztaz yang sebegitu telah disalah guna dan fungsi sedemikian perlu dibetulkan.

    "Pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dahulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau mahluk halus semata-mata.

    "Sedangkan peranan sebenar seorang ustaz adalah sebagai pembimbing masyarakat ke jalan yang benar. Watak seorang ustaz sepatutnya diperlihatkan sebagai pendakwah yang bertanggungjawab mengajak umat Islam melakukan kebaikan di muka bumi ini," kata Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia, Ustaz Mohd Azahari Yusuf.

    Beliau juga menegur mengenai elemen jampi serapah yang disebut oleh watak bomoh atau dukun dalam sesebuah filem atau drama yang bercampur baur antara nama Allah dengan ungkapan bidaah dalam babak bagi tujuan mencuit hati penonton, yang sepatutnya tidak perlu ditonjolkan sebegitu.

    Bagi pendakwah bebas, Daud Che Ngah, peranan watak ustaz yang disempitkan kepada sekadar penghalau hantu dan pengunaan ayat suci al-Quran sekadar mentera membunuh hantu sebenarnya adalah satu bentuk penghinaan kepada agama Islam.

    "Pada pandangan peribadi saya, pengusaha filem seram telah membohongi masyarakat bahawa hantu yang dikaitan sebagai jin yang mempunyai kuasa tetapi sebaliknya telah dijelaskan dalam kitab suci al-Quran bahawa jin bukanlah makhluk yang perlu ditakuti manusia.

    "Unsur seram dan ganas yang terdapat dalam filem menyebabkan orang ramai khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu dalam filem daripada Tuhan dan perkara tersebut tidak sewajarnya berlaku kerana ianya bakal melemahkan minda umat Islam," katanya.

    P/s: Takutkan hantu atau takutkan Tuhan? Tepuk hati, tanya iman..

    14 ulasan:

    1. yeap. betol la jgk. selalu tgk kt filem, asal ustaz je, kena halau hantu. jarang la ade yg nk jd pembimbing. mcm itu je keje ustaz. halau hantu. igt ustaz kat m'sia ni sume exorcist ke kejenye?

      thanx. perkongsian yg membuka minda.
      hee:)

      BalasPadam
    2. kebanyaakn la...
      cite lain ssh nak ada ustaz...

      BalasPadam
    3. tepuk dada tanya iman..hee takut Allah la:D

      BalasPadam
    4. betul2..sgt la x setuju...tambah2 lg plakon yg kitahu tahu socialnya mcm mana kat luar jd ustaz..panas betol tgk

      BalasPadam
    5. Salam.

      Saye suke layan cite antu gak... :)

      BalasPadam
    6. sekarang ni cite melayu byk main pasal hantu...memang dah tahap tahyul sungguh!!

      BalasPadam
    7. kekdg ada cite seram,diaorg buat jadi kelakau la plak..heheh

      BalasPadam
    8. Aslmkm.
      :) Tu le pasalnya malas tengok citer cenggitu!
      'Hantu' tu memang perkataan yang yg telah diterbalikkan dari perkataan 'Tuhan' kan? Jadi semuanya sudah tak betul la!

      BalasPadam
    9. tu la pasal..minda kanak2 lebih ditakutkan dengan hantu...
      padahal xperlu takut pun bnda tu..

      BalasPadam
    10. tau x pe..memang 2 je kot keje nye :P

      BalasPadam
    11. hahaha... dah lame perasan nde ni n pelik jugak x de pihak yg tegur...

      actually dulu mmg malaysia haramkan citer seram/hantu ni... tp lately... makin blambakk pulakk... sy pown naek boring n bosan...

      rse marah jugak bila tgk part2 tok kiai/ustaz tu sebot ntah hape2... mrepek n seolah2 mpermainkan agama...

      BalasPadam
    12. memang sokong 100% dengan Ustaz Azahari..

      Jom skodeng : Apa itu Matterhorn?

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728