Header Ads

  • Latest Posts

    Hanyut; Nyaris Lemas!

    Bagi melengkapkan tugasan subjek pengajian bagi semester ni, semalam saya bersama rakan-rakan ke SK Betau yang merupakan sekolah murid-murid orang asli. Sebelah petangnya selepas ke rumah Tok Batin, kami mengikut perancangan ke sungai bersama murid-murid orang asli.

    Teruja melihat rakan-rakan yang lain bersama murid-murid orang asli bermandi-manda di sungai, saya pun mendapatkan jaket keselamatan bersama empat lagi rakan. Oleh sebab antara kami ni semua tak tahu berenang, jadi kami pun main air di tepian. Tak lama lepas tu, ada kanak-kanak orang asli naik rakit menikut arus sungai. Wah, menarik!

    Dek kerana teruja,kami pun naik sama, saat melalui tempat rakan-rakan lain bermain tadi, mereka turut sama menumpang, totalnya 9 orang yang naik rakit tersebut. Seronok? Jangan tanya, memang seronok! Arus sungai yang sangat deras pun kami tak perasan.

    Bila dah sampai di tali keselamatan yang merentangi sungai di jeti tu, keadaan jadi kelam kabut. 9 orang pegang, tali tu pun dah turut sama tenggelam dalam air. Kalau pegang, muka masih tersembam dalam air. Saya tak tahu la berapa liter air sungai yang dah saya telan, campur pula yang masuk melalui hidung.

    Saya pegang tali keselamatan tu, bertahan melawan arus untuk memberi peluang rakan-rakan yang lain naik ke tebing. Dalam masa menunggu rakan lain, rakit yang berpusing tadi melanggar dan merempuh muka saya, tercalit juga goresan darah di pipi kiri. Sama ada menyelam untuk memberi laluan rakit tu hanyut dan panjat semula atas tu, saya pilih untuk panjat panjat dan turun semula. Pening!

    Paling fobia bila ada rakan saya terselam dalam air, dagunya tersangkut pada tali yang tenggelam dalam air, lagi-lagi bila dia tak pakai jaket keselamatan. Cuba membantu, tapi tak terdaya bila arus sangat deras. Mujur kepalanya daripada tersangkut pada tali dalam air tak lama lepas tu. Lama bertahan melawan arus, saya dah makin tak larat. Satu tangan dah terlepas daripada pegang tali tu. Penat...

    Rakan lelaki dari unit Pengajian Matematik turun membantu. Tiqz pun turut sama turun ke dalam sungai. Saya benar-benar tak larat. Daripada memaut sehinggalah dipaut, saya saya hanya ikut arahan rakan, tu pun hanya yang termampu. Berulang kali rakan mengarahkan saya supaya berpegang pada tali, namun saya tak mampu nak heret tangan kiri saya melawan arus untuk pegang tali tu semula.

    Mula saya dapat kekuatan bila rakan membantu heret tangan kiri saya ke tali tersebut. Bila semua rakan dah naik ke tebing, barulah saya boleh bergerak ke kanan sungai memandangkan saya adalah mangsa yang berada paling kiri. Alhamdulillah, mangsa terakhir yang diselamatkan juga terselamat daripada hanyut dalam deras arus sungai.

    Sebesar-besar penghargaan buat rakan-rakan yang membantu, Tiqz, Fadzli, Fahmi Yusuf, Fendi, Ridha, dan lain-lain. Pastinya budi kalian tak mampu dinilai jika saya hitung... Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Terima kasih...

    P/s: Kami trip kedua yang hampir lemas. Gambar tu masa mula-mula melepasi tali, lepas tu dah tak ada yang nak snap gambar, semua dah kalut turun menyelamat. Pengalaman adalah guru yang hebat!

    34 ulasan:

    1. Ya Allah...ni lah insidennya awak?

      Takpe, harap lepas ni sentiasa beringat..benda dah jadi, kita jadikan pengajaran.. Alhamdulillah, semuanya selamat..

      BalasPadam
    2. Ya Allah...ni lah insidennya awak?

      Takpe, harap lepas ni sentiasa beringat..benda dah jadi, kita jadikan pengajaran.. Alhamdulillah, semuanya selamat..

      BalasPadam
    3. wah suspen nya... apapun syukur semua selamat

      BalasPadam
    4. alhamdulillah semua selamat..setuju tentang pengalaman adalah antara guru yg baik

      BalasPadam
    5. alhamdulillah...
      sumenya selamat...

      BalasPadam
    6. Alhamdulillah...cemas jugak membaca tadi

      BalasPadam
    7. alhamdulilah semua selamat..bahaya laa sungai ni.dulu org cko laut bahaya..skang ni dua2 bahaya ok...

      BalasPadam
    8. Wow pengalaman tu....alhamdulillah semuanya selamat :)

      BalasPadam
    9. syukur takde kemalangan jiwa berlaku..

      BalasPadam
    10. dla pnh wat camtu tp xdela smpai ramai2 gayut kat tali..sbb tu jd ade yg hmpir tnggelam kot..Alhamdulillah sume samat =)

      BalasPadam
    11. cam best jer...hehehe. tp kene lebih ati2 lah...^_^

      BalasPadam
    12. pergghh..kalau akak dah cuak giler tu..nasib x de apa2 kan...apa pun jaket keselamatan sgt penting ye anak2...

      BalasPadam
    13. waaa,klu sye da trauma tahaptk leh tgk air da ni...

      BalasPadam
    14. fuh..!!! cemasnya!
      mujur u selamat!

      BalasPadam
    15. salam...

      alhamdulillah...selamat..

      tq singgah dan komen blog saya...

      BalasPadam
    16. alhamdulillah..nsib baik slmt..suspen tul..

      BalasPadam
    17. Alhamdulillah... umur kamu masih pnjg.. =)
      lain kali beringat2 la sama eh..

      BalasPadam
    18. berhati2lah selalu ye. Jgn sampai seronok mengundang maut lak.

      BalasPadam
    19. syukur alhamdullilah semuanya selamat. jgn serik mandi sungai lagi ya ;)

      BalasPadam
    20. salam..
      alhamdulillah..
      di panjangkan usia
      untuk kita bertemu
      di sini kan..moga
      anda selalu sihat

      BalasPadam
    21. ya allah.. scarynya.... eiiish.. lepas2ni sila hati2 sikit ok! hhehehhehe

      BalasPadam
    22. adoiii dikkk tgk pic punn dah serammm
      huhu akak nie x pandai berenang kalau tmpt mcm nie memang akak elakkan huhu
      tu kalau gi sungai hubby lahh melayan anak2 sbb akak x der skill dlm sungai @ air nie huhuhu

      sibbb baik x der perkara buruk berlaku .. mohon dijauhkan :)

      BalasPadam
    23. macam seronok je mula2.tp nasib baik semua selamat:)

      BalasPadam
    24. pengajarannya kena belajar berenang lepas ni utk kemahiran asas keselamatan air.

      BalasPadam
    25. adesss...tkutnye..Alhamdulillah slamat.

      BalasPadam
    26. salam

      kalau syira kat situ mesti histeria tu...huhu...


      alamak, background kat belakang tu syira baru je download, niat nak guna, tapi belum sempat lagi, dah guna kat sini, mmg cun..hijau cun ..heheh

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728