Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Nak Serba Salah Atau Terus Bersalah?

Posted by Ahsfantasy Ryu Rabu, Jun 8 18 Buah Fikiran Pengunjung
Ni kisah kalau kawan kamu bercinta dengan kenalan kamu yang memang kamu dah tahu perangai dia macam mana; kenalan kamu tu kaki perempuan, kaki disko, kaki mabuk dan banyak jenis kaki lagi la.  Dalam masa bercinta dengan kawan kamu tu pun, kenalan kamu masih dengan perangan dia tu. Agak-agaknya apa yang kamu akan buat?
  1. Beritahu kawan kamu tentang perangai kenalan kamu; mungkin kawan kamu boleh terima dan waspada. Tapi ada juga kemungkinan kamu gaduh dengan kawan kamu tu. Ya, orang yang mabuk cinta memang tak nampak apa selain 'cinta' dia. Mungkin dia akan menuduh kamu cemuru dan cuba memburuk-burukkan kekasih hati dia.
  2. Buat-buat tak tahu; Oh, tahu tapi buat-buat tak tahu! Memang senang nak buat, tapi hati kamu tu mungkin akan susah dan gelisah. Serba salah? Nak tunggu kawan kamu tu  ternoda dahulu baru nak hilang rasa serba salah? Nak tunggu kawan kamu hangit dulu baru kamu ambil tahu? Atau masa tu bukan setakat rasa bersalah, tapi sememangnya kamu yang bersalah.
  3. Atau bagaimana?
P/s: Jangan melulu dalam bercinta.

18 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger