Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Janji Yang Kau Mungkiri

Posted by Ahsfantasy Ryu Ahad, Jun 5 20 Buah Fikiran Pengunjung
Perit, untuk ribuan langkah yang kamu susuri selepas meninggalkan aku, sakit itu masih aku rasa. Aku yang tidak henti-henti tersakiti oleh masa lalu. Kau tinggalkan aku dengan berjuta keindahan rasa yang kita cipta, kau pergi dalam aku masih terpinga-pinga. Mungkin kau fikir aku cukup kuat untuk menelan pahitnya kehilangan, tapi sejujurnya aku terlalu lemah untuk mengakui bahawa kamu harus pergi. Sungguh aku cinta kamu.


Sakit, untuk setiap detik yang kamu lalui bersama dia selepas aku mencintai kamu. Hati ini semakin tenat saat aku tak mampu hilangkan segala kasih yang pernah aku relakan. Kamu cukup kejam membiarkan cinta kita menjadi serpihan rindu tanpa arah pandu. Bagaimana harus aku melupakan kamu jika setiap ketika dalam hembusan anganku, yang ada hanya kamu?

Yang aku cari itu hanya ada pada kamu, mengapa kamu pergi jika sememangnya kamu tahu? Setiap sakit yang aku rasa untuk cinta yang aku tak kuasa, dalam bayanganku hanya ada kamu. Cukup indah jika aku masih ada kamu kerna yang aku mahu hanya kamu!

P/s: Telah kau tunai seribu janji, satu kau mungkiri; hidup bersamaku.

20 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger