Header Ads

  • Latest Posts

    Duit Syiling Baru Malaysia

    Masa ada beberapa minit lagi untuk saya ke sekolah, ada aktiviti pengakap di SK Clifford. Saya berminat untuk menulis tentang syiling baru yang akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Malaysia ni suka sangat ubah-mengubah ni. Biarkan, asal ada rasional dan manfaatnya.

    Syiling baru yang akan dikeluarkan adalah syiling dengan nilaian 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Ada beberapa perubahan yang dilakukan, boleh rujuk gambar di atas. Menurut Gabenor Bank Negara, syiling ini mempunyai beberapa kelebihan, antaranya:
    1. Mempunyai corak budaya dan warisan;
    2. Lebih kecil dan ringan;
    3. Sisi tepi yang berbeza, memudahkan orang cacat penglihatan kenalpasti nilai;
    4. Logam baharu yang digunakan adalah lebih berkualiti.

    Denominasi
    Ikon
    50 sen
    Sulur Kacang
    20 sen
    Bunga Melur
    10 sen
    Orang Asli Motif
    5 sen
    Destar Siga

    Syiling baru ni akan diperkenalkan awal tahun depan. Bukan setakat syiling, duit kertas pun akan bersiri baru menjelang September nanti. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang syiling ni, jom kita jenguk laman Bank Negara Malaysia.


    P/s : Biar macam mana pun reka bentuk baru, saya tetap suka syiling yang punyai corak wau, congkak, yang telah digunakan sejak 20 tahun yang lalu.

    37 ulasan:

    1. syiling 50 ada lekuk2 macam duit euro..cun gak..

      P/s: Syiling baru ni diperbuat dari nikkel dan stainless stell.. Lepas nih naik plak ke harga logam2 nih..:)

      BalasPadam
    2. >> student:

      ade yg nikel, ade yg keluli..
      die pnye design yg garis2 tu pn
      mmg hampir2 sama ngn euro pnye..
      ntahla Malaysia..
      huhu~

      BalasPadam
    3. PERGGHH...MENARIK TETARIK DUIT DIE...

      BalasPadam
    4. xbestnya .. bila kita dah serasi dengan yg lama

      BalasPadam
    5. wah...ada duit syiling baru la..

      xsabar la nak tunggu..hehe..ila suka kumpul...ngeh3..

      BalasPadam
    6. >> nadia fatihah:

      mainan2 pon laku weh, haha~

      BalasPadam
    7. >> merahitujambu:

      mmg da boom ;)

      BalasPadam
    8. >> Qaseh dalia adelia:

      cnta yg lama ttp yg trindah ;)

      BalasPadam
    9. >> cukelat_berangin91:

      erk..hehehhe~

      BalasPadam
    10. >> ILA HonEyBuNNy:

      jangan lupe kmpul yang lama,
      bnm nak lupus dr smasa ke smasa ;)

      BalasPadam
    11. kadangkala untuk menerima pembaharuan itu adalah sukar bila kita dah terbiasa dengan yang lama...

      tapi.. macam apa yg ash cakap.. sekiranya ada manfaat dan kebaikan tak salah untuk kita bertukar dan berubah kan? :)

      mungkin diorang nak lebih 'internasionaley' lagi kot.. sebab yang lama tu lebih nampak klasik dan ketulenan aslinye

      BalasPadam
    12. huuuu..apik pon suke yg lame gak

      BalasPadam
    13. wah.. cam exited j nk guna. hee ;))

      BalasPadam
    14. >> hestyrezyuda:

      asalkan ada rasional dan manfaatnya,
      kita terima :)
      kita bukan dikongkong pemikiran
      konservatif, huhu~

      BalasPadam
    15. >> apik pehe:

      yg baru dinanti,
      yang lama dirindui :)

      BalasPadam
    16. >> cik dot:

      hehe, klw xsabar ngat ley g
      beli kt agen bnm.. dah ade kuar :)

      BalasPadam
    17. >> ciK LyndaWawa igUana:

      yup syg ;)

      BalasPadam
    18. kemahhh keminggg la duit baru .. hehe

      Sudilah kiranya bertandang ke belog kiter ni... jom daftar SAYS.MY
      ...

      BalasPadam
    19. cun gak ye design baru dia..
      bleh bg kat budak2 ni, duit raya..bg dua posen ckp la kot..hehe..

      BalasPadam
    20. mesti ringan duit ni.. x la berat nk bawa skeling dlm poket

      BalasPadam
    21. wah! cantik.. bagus lah ade syiling baru... sebab kesian juga dekat OKU...

      em... ayu org padang kala ke? kalau balik kampung nanti leh la gtau.. sebab akak memang 3 bulan praktikum situ + 1 bulan internship.. so memang biasa dah kat situ :)

      BalasPadam
    22. duit syiling 10 ade iras2 ngn bendera yahudi...

      BalasPadam
    23. >> mien eaststar:

      SUDI sokmo:)
      hehhe~

      BalasPadam
    24. >> d_LA:

      t bdak2 cebik bibir jep, hehe~

      BalasPadam
    25. >> Muallim Adham:

      kalaw bab ag ringan tu, best ^^,

      BalasPadam
    26. >> cik mas:

      dh kt kg nei.. ngat nk jmpe gak,
      tp kmarin xcedent ng kete tu, huhu~

      BalasPadam
    27. >> Mr_17:

      ramai gak yg ckap cam tu..
      BNM cakap bunga pew ntah, huu~

      BalasPadam
    28. semard gak syiling baru nih..aritu tgk cam biase jer...

      BalasPadam
    29. yg 50sen tu siap berlekok. Ni kalau keluar sekarang, berebut budak2 masa raya. Jimat ni.. bg 50sen pun dorang dah suka.. almaklum la benda baru kan??

      BalasPadam
    30. wahhhh. cantikkk . kang tak guna duet tue.. simpan je. haha

      BalasPadam
    31. Salam.
      tapi sedih gak bila ada yang kaitkan duit baru ni dengan kontroversi tanpa usul periksa.

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728