Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Ahsfantasy24 Jatuh Cinta Dengan Encik Mimpi!

Posted by Ahsfantasy Ryu Jumaat, Oktober 14 5 Buah Fikiran Pengunjung
Lama tak bercerita tentang cinta ni. Entah. Cinta? Tapi pagi tadi buka muka buku, tengok pautan ke blog dia; Encik Mimpi. Orang tahu, saya blogger yang pemalas untuk berjalan-jalan di blog, cukup-cukup bawah tempurung kalau orang bersembang tentang blogger itu dan ini, saya diam sahaja. Dah terlajak, sampai di blog  Encik Mimpi, jatuh hati, terus klik join this site! Sebab... Saya dah jatuh cinta dengan lagu Putus di Twitter! Lagu tu sangat comel. Euww~

Lirik lagu Putus di Twitter:-

Dulu kita berkenalan hanya dengan muka buku, ku hantar pesan cinta tiap hari padamu, ohhh indahnya saat itu... Tapi bila ku katakan nak follow twittermu, kau cuba mengelak dengan alasan seribu, ohhh curiga rasa hatiku... bagaimana sakitnya rasa, bila mendapat tahu kau ada twitta. Rupa-rupanya kau dan orang ketiga di belakangku sedang bermanja mesra. 

Banyak persoalan yang berada di minda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja. Hati kata, "jangan". Otak pula kata, "ya". Resah kerna kau sedang main kayu tiga. Banyak soalan yang ku tujukan padamu,"Eh, lelaki mana yang you selalu tweet itu?". "Setiap yang berlaku patut ke patut tanya?". Itu jawapan yang engkau beri padaku. 

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku, ku tahu kau dah bersedia nak putuskanku. Ohhh geramnya sungguh hatiku... Dan pabila kau katakan kau dah tak suka ku, ku terdiam terkedu dan terus tumbuk mukamu, lebam. Baru kau tahu apa itu, cinta di buku lima.

P/s: Buah hati pengarang jantung  Encik Mimpi harap tak marah, kita jatuh cinta dengan lagu dia tu je :)

5 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger