Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Bukan Tak Nak Teman, Cuma Tak Mahu Kongkongan

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Disember 27 18 Buah Fikiran Pengunjung
Yang itu tak boleh, ini tak boleh, yang tu jangan, yang ni jangan, yang tu larangan, yang ni larangan. Ya, jika semua yang tidak itu sememangnya telah termaktub dalam hukum sejak awal penciptaan kita, tak sukar untuk kita terima. Sesuatu yang seiring dengan norma masyarakat, tak susah untuk kita patuh. Jangan buang sampah merata-rata; itu jelas, memelihara kebersihan sekeliling kota, beri kebaikan buat semua. Jadi senang kita nak terima, bukan?

Tapi macam mana pula bila kita ditegah, dilarang, dihalang untuk melakukan sesuatu yang biasa dan tak salah melalui pandangan sisi sesiapa melainkan dia yang entah apa-apa? Kalau untuk kebaikan kita, tak mengapa, itu patut disyukuri dan dibangga. Tapi bila keselesaan itu berat sebelah dan kita yang menanggung seksanya, mengapa perlu menyeksa diri?

Tak ada langsung perasaan bongkak, tapi rasanya hidup kita sememangnya lebih aman tanpa telunjuk orang. Terkongkong itu terlalu memenatkan bila batasnya melampaui yang sepatutnya. Hidup biar tak berteman asalkan ada pedoman, tapi itu bukan alasan untuk kita memilih hidup keseorangan.

Kalau kongkongan yang terpaksa dilalui itu tak relevan dengan kita, buat tak tahu sahaja. Kalau kita tak ikut, dia merana. Kalau kita ikut, kita yang merana. Adil pada diri sendiri. Kalau betul tindakan kita, teruskan sahaja. Lama-lama dia akan faham, tindakan kita bukanlah untuk menyakiti dia.

P/s: Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan, berdua jalan kaki saat turun hujan.

18 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger