Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Melayu Berniaga Macam Pelahap Muflis

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Disember 27 36 Buah Fikiran Pengunjung
Makluman, entry ini panjang, luahan rasa saya sebagai pelanggan yang sangat tidak berpuas hati. Borang OKU kakak saya memerlukan gambar berukuran pasport. Nak bawa kakak saya ke kedai gambar memang sukar kerana dia berbadan besar orangnya. Jadinya sayalah yang jadi jurugambar, adik beradik yang lain pula jaga bahagian props dan lighting.

Bila semua dah selesai pagi tadi abah ke Pasir Tumboh untuk cuci gambar. Saya biarkan sahaja sebab waktu itu saya masih belum mandi. Saya tuliskan semuanya atas sekeping kertas, lokasi gambar dalam pendrive, saiz, dan salinan. Biasanya kalau hal yang berkaitan dengan gambar, saya yang akan uruskan semuanya dan saya memang tak suka masuk kedai gambar yang abah pergi tu.

Macam biasa, saya akan susun gambar tersebut macam susunan gambar Lisa Surihani kat atas tu, empat keping gambar atas satu layer kemudian minta kedai cetak saiz 3R. Harganya kalau cetak lebih daripada 10 keping boleh jadi paling rendah 45 sen sekeping. Kalau sekeping dua kemudian nak ekspres, paling mahal pun 2 Ringgit Malaysia sekeping.

Tadi bila abah balik, abah cakap RM 16. Memang saya terperanjat. 2 keping gambar 3R dengan harga RM 16. Gila kau tak terperanjat? Saya memang sakit hati. Senangnya orang kampung jadi mangsa eksploitasi. "Bro, abah aku memang tua, warga emas, tapi tu bukan alasan kau senang-senang ambil kesempatan!"
Saya segera mandi, ambil gambar yang abah bawa balik tadi, pergi semula ke kedai gambar tu. Nak tanya apa yang membuatkan gambar tu mahal sangat. Macam-macamlah alasannya. Dia siap tanya saya kenapa abah tadi awal-awal tak tanya tentang harga? Ni saya nak tanya, "kau tu nak berniaga, nak sediakan perkhidmatan, nak memudahkan urusan orang tanpa aniaya orang atau nak memampuskan orang?"

Sakit hati yang sangat melampau. Masa tengah bersoal jawab tu, abah sampai. Abah follow saya dengan motor rupanya, takut saya buat kecoh tempat orang atau takut saya dibelasah orang mungkin. Saya bukan nak buat kacau. Saya cuma nak tahu, itu hak saya sebagai pelanggan/pengguna. Kalau abah tak ada, ingin sahaja saya campak gambar yang dicetak tu atas muka peniaga tu. Pelahap sangat duit orang. "Aku lagi suka kau muflis awal-awal. Nanti tak adalah orang-orang kampung terkena auta kau macam situasi abah aku terkena tu."

P/s: Jom belajar tentang hak kita sebagai pelanggan! Buat aduan di laman ini.

36 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger