Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Ketakutan Itu Akan Berubah Seiring Masa

Posted by Ahsfantasy Ryu Khamis, Disember 29 25 Buah Fikiran Pengunjung
Sepuluh tahun yang lalu. Sepuluh. 10. Bukan sekadar angka. Sekitar umur saya yang masih lagi dalam satu angka. Juga bukan sekadar angka. Budak kampung, kehidupan di kampung, semuanya kekampungan, jiwa kampung takkan hilang walaupun segalanya dah ditelan zaman. 

Satu waktu dahulu, setiap Sabtu atau Ahad seingat saya, saya selalu nangis, tak mahu ke tempat mengaji. Sebab saya tak nak terlepas peluang tengok cerita Keluang Man dan Doraemon. Mak tak pernah bertolak ansur dengan anak-anaknya bila masuk bab belajar. Memang saya kena lupakan Doraemon. Saya bangga ada Mak yang sangat menjaga. Pergi mengaji jalan kaki dan kadang-kadang naik basikal, itu pun sangatlah jarang-jarang, antara rakan yang akan berjalan bersama saya ntuk ke tempat mengaji ialah Udin
Di tempat mengaji, saya perlu sampai sebelum Maghrib. Solat maghrib, mengaji dan solat Isyak semua di rumah Pak Su. Tiba masa nak balik, dalam kurang lebih 9.30 malam. Yang ada dalam fikiran saya, hanya takut. Walaupun cerita-cerita hantu di televisyen ketika itu tidaklah meriah seperti sekarang, saya amat takutkan hantu. Macam-macam bayangan hantu yang ada dalam fikiran saya. 

Hantu raya, hantu galah, hantu bungkus, langsuir. Kisah lelaki muka buruk yang perlu hisap darah manusia pun ada. Macam-macam nama ada tapi masa tu nama pontianak, penanggal dan kuntilanak belum popular di kampung saya. Takut bukan kepalang, tambah-tambah lagi bila ada remaja kampung tu sengaja mengusik; mennyorok di sebalik lalang, buat bunyi-bunyi aneh sambil baling batu-batu kecil ke arah kami. Ah, seram!

Bila dah namanya budak, bila ada seorang dalam kalangan kami, semua akan berlari. Kalu ada yang jerit cakap, "hantu!" Lagilah laju kami lari. Masa tu kain baju kurung terselak sampai peha pun dah tak kisah. Selipar tercabut tengah jalan pun dah tak layan, janji dapat sampai rumah dengan cepat. Punyalah takut hantu.

Panjang cerita kan? Maaflah sebab banyak membazir masa kalian. Tapi tu cerita sepuluh tahun dahulu. Jom lihat dalam dunia masing-masing untuk masa sekarang. Apa ketakutan yang paling kita takutkan? Saya tak arif tentang semua orang, tapi bagi saya sekarang hantu jatuh tangga. Sekarang kalau jalan keseorangan atau dalam kelompok yang kecik di kawasan yang terpencil, saya akan terbayang perogol bersiri, pembunuh, perompak, penjenayah. Oh, takut yang amat!

P/s: Ketakutan tu berubah seiring masa.

25 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger