Header Ads

  • Latest Posts

    Awak, Jom Kahwin? | Eh Sayang, Kau Gila?

    "Awak, jom kita kahwin?" Saya bila dengar gelombang tu, satu sahaja yang terlintas dalam hati saya saat tu, "gila," bukan dia, tapi saya yang gila dan penuh kegilaan. Saya nak uruskan diri sendiri pun masih lagi tunggang-langgang. Rasa macam masih perlukan masa untuk mendidik diri supaya jadi seseorang yang lebih rajin dan bertanggungjawab, risau nanti suami terabai dan hidup makin lintang-pukang. Macam ni jadinya bila kawan-kawan didahulukan dan enjoy diutamakan. Memang buruk kedengaran, tapi saya cuba untuk berubah. Yes, you can do it!
    23 Januari 2012; kawan rapat saya masa sekolah dahulu, sama-sama memegang jawatan Majlis Tertinggi dalam organisasi asrama, Khairunnisa telah selamat diijabkabulkan dengan suaminya, Hakimi. Serius, masa akad nikah mereka, saya yang berdebar rasa macam nak pengsan. Bila intai tengok Nisa di sebelah, nampak steady semacam. Tak tahu kenapa, saya pula yang lebih dos. Macam menyampah kan? Tapi yang paling bahagia bila dapat jumpa kawan-kawan lama yang dah tak jumpa lima enam tahun. Rindu!

    Oh hari ni sepupu saya, Farris sudah selamat menikahi pasangan pilihan hatinya, Izzati. Macam pinang dibelah dua. Selepas majlis akad nikah, tengah hari tadi bergeraklah kami mewakili rombongan keluarga si anak teruna ni. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, tunggu majlis sambut menantu di rumah pengantin lelaki Khamis ni pula. Sepupu punya kepentingan, saya rela tunda tarikh balik ke kampus Khamis ni. Semoga semuanya berjalan lancar.


    Moga-moga Allah memberikan keberkatan kepadamu dan keberkatan untukmu dan menghimpunkan kamu bersama pasangan masing-masing dalam kebaikan. Amin.


    P/s: Kepada kakak-kakak atau abang-abang yang bakal atau sudah mendirikan rumah tangga, ada nasihat untuk saya tentang perkahwinan? Saya mengalu-alukannya, biar hilang gemuruh yang melanda.

    27 ulasan:

    1. akak ni yg dah 8 thn kawen pon masih rasa tunggang langgang je.. hehehe.. tp kan.. sbenarnya bole aje kawen dan uruskan diri sdr n suami..di mana ada kemahuan di situ ada jalan..dengan niat yang baik, Insya Allah akan dipermudahkanNYA

      BalasPadam
    2. alamak.. takut nak kawin? heee...

      lepas kawin byk yg berubah.. jadi kena ada persediaan mental dan fizikal :)

      take your time dear :)

      BalasPadam
    3. @'idun sa'idun
      waduh kakkkkkkkkkkkkkkkkkk ! serius
      nampak macam scary sangat >_<

      BalasPadam
    4. @Nong Andy
      yup ! Huuuu takott nye la sissss..
      sedang mengambil masaaaa -_-

      BalasPadam
    5. sebenarny best kawin neh . kalau x dibebankan dengan majlis beso2 . hee

      BalasPadam
    6. bena punnnn takut pikir bab kawen . lek luuuuuuuuu . tak pandai masak ag , hahahaah :P

      BalasPadam
    7. bena punnnn takut pikir bab kawen . lek luuuuuuuuu . tak pandai masak ag , hahahaah :P

      BalasPadam
    8. nak nasehat pasal kawen gak
      takut rasa nak kawen..hehe

      BalasPadam
    9. zara pon takootttt laaa.. *mcm la nk kawen skrg* haha.

      BalasPadam
    10. salam..

      selamat pengantin baru buat sahabat cikgu...[ puan Khairunnisa dan en.Hakimi] moga kekal bahagia hingga ke syurga....amin

      BalasPadam
    11. @EnciK AxixOu
      majlis biasa2 pun dah cukup okay, asal
      dapat berkumpul kawan2 dan sdare mara :)

      BalasPadam
    12. @BENA
      aiyok bena.. kite lagi la,
      reti goreng telor je, hoho..

      BalasPadam
    13. @Cik Zara Hannan
      tu la, bila kawan2 sebaya dah kawen,
      rasa mcam dah tak lama dah turn kita,
      aiyok..

      BalasPadam
    14. waa bestnya tawennn hahaha... sepupu shanas baru ja bertunang 23 jan hari tuu

      BalasPadam
    15. masak nasi ? ok bena pandai masak spageti . hari2 suh suami makan spageti je . hahahah :P

      BalasPadam
    16. selamat pengantin baru....dua2 pasangan cantik..=]

      BalasPadam
    17. @BENA
      hee nasi tu berani la masak.
      share la resipi tu, nak masak spegti
      sedap jugakkkk ! (:

      BalasPadam
    18. @ciK LyndaWawa
      sama2 doakan mereka bahagia sampai syurga :)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728