Header Ads

  • Latest Posts

    Saat Terkenang Silam Yang Pernah Menyakitkan

    Sayang...

    Haruskah kamu terus-terusan menyesali kegagalan yang kamu miliki?
    berhenti berjalan kerana sebuah kegagalan?

    Sayang...
    Untuk apa kamu masih berdiam diri sedangkan waktu tetap berjalan tanpa henti,
    sedarkah kamu?

    Ayuh segera berganjak meski kamu hanya mampu merangkak. Biar perlahan, asal kamu tak pernah menyerah. Mereka yang mahu bangkit daripada kegagalan adalah pejuang yang hebat untuk diri sendiri dan sekitarnya; ku harap itulah kamu.

    Kegagalan bukanlah jalan buntu, bukan jua jalan yang sempit. Tapi ia mungkin satu-satunya jalan yang harus kamu tempuhi sebelum tibanya ke destinasi jaya.

    Untuk detik ini, hanya kamu yang mampu menentukan sama ada kamu akan bangkit dan melangkah untuk kejayaan atau berterusan menyesali sebuah kegagalan yang akan menggagalkan sepanjang kehidupanmu.

    Senyum, dan teriaklah, "aku kuat, aku bangkit!". Aturlah masa depan dengan lebih baik. perbaiki diri dan temukanlah kelebihan yang ada, usah termenung lama untuk satu kekurangan yang tidak mendatangkan manfaat.

    Mohonlah pada Yang Mencipta agar diberikan kekuatan. Suburkan Dia dalam jiwa kerana itu sumber kekuatan. Sayang,semoga berjaya dunia akhirat.

    32 ulasan:

    1. ye gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya...:)

      BalasPadam
    2. such a good entry
      really motivate me (:

      BalasPadam
    3. " Aku kuat! aku bangkit! Aku boleh"

      aku cuma brani jerit kat tmpat takda org!!!! hehe...

      BalasPadam
    4. @Nong Andy
      akak! sy rasa nak g pantai ! jom teman :D

      BalasPadam
    5. ayuh jadi kuat (:

      #akak,mak tny.kawan akak yg prktikum MGS tu,dah ad rumah ke?

      BalasPadam
    6. @anisyuhada
      jommmmmm ! :)
      dah dik, hari tu pening jgak nak cari,
      tu dah dapat kat rumah pgawai hutan
      kalau tak silap, huhu.. nanti kim
      salam kat mak ea :)

      BalasPadam
    7. kuatkan diri , insyaAllah , kita boleh buat :')

      BalasPadam
    8. usah ditangisi kenangan lalu, tapi diambil dan dijadikan pendorong untuk terus berjuang..

      nak mitak tlun klik like kat http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150485833724677&set=a.10150463338364677.370360.232667634676&type=3&theater

      thanks..

      BalasPadam
    9. gagal itu jalan keluar pada bermulanya suatu kejayaan.... as long as we try, our hard work will be repay.. =)

      BalasPadam
    10. org yg berputus asa adalah org yg mati sebelum ajal

      BalasPadam
    11. salam..

      tidak akan ada kejayaan selain merasa kepahitan dan keperitan dulu...

      BalasPadam
    12. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.kita mmapu bangkit.kita kuat untuk bangkit.kita berusaha untuk menjadi lebih baik.semoga hari mendtanag lebih baik:-)

      BalasPadam
    13. tabah :)
      mohon dr Allah untuk tabahkan diri
      mohon dr Allah untuk pemrudahkan segalnya :)

      BalasPadam
    14. bgs entry ni

      buat rase semangat smula

      BalasPadam
    15. @cikpuanhady
      sejarah lalu adalah penguat, sounds good (:

      BalasPadam
    16. kehidupan yang berliku-liku? itulah kehidupan yg sbnar.kalau kehidupan kita tanpa cabaran takde manis dan pahitnya..

      p/s ~ hanya pendapat sy.:)

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728