Header Ads

  • Latest Posts

    Praktikum 3 | Sekolah Kebangsaan Ringlet

    Bertapa di Ringlet kurang lebih 3 bulan. Berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Ringlet yang terletak dalam daerah Cameron Highlands, kira-kira 20 minit dari Berinchang. Memang indah di sini walaupun duit akan mengalir laju. Perbelanjaan meningkat, kos sara hidup agak tinggi berbanding di tempat saya. Ya, saya faham, di sini tempat tumpuan pelancong dan sumber sukar untuk diperolehi.

    Kehidupan di sini terlalu asing bagi saya namun saya cuba untuk menyesuaikan diri. Terasa asing di bumi sendiri bila bangsa Melayu menjadi golongan minoriti di tempat saya tinggal. Kiri kanan India dan Cina, ada ketikanya Orang Asli. Jarang sangat ketemu Melayunya. Setiap hari saya akan merindui kampung halaman saya; di mana saya dapat menghirup udara segar tanpa ancaman bau colok dan sebagainya.

    Azan memang tak kedengaran, pusing-pusing nanti kuil juga yang akan dijumpa. Betul kata orang, kita tak akan menghargai nikmat yang ada selagi kita sedang menikmatinya. Saat kita kehilangan, barulah kita sedar akan sebuah nikmat yang terkadang kita lupa untuk bersyukur. Dalam kekurangan yang ada, saya pasti ada banyak juga lebihnya, dan saya sedang berjalan mencari kelebihan itu.

    P/s: Saya masih lagi merasakan adanya bahagia.

    20 ulasan:

    1. bapak smart blog ni yang. terkesima kejap. ingatkan salah masuk sebab mula2 keluar home yang gambar facebook. hohohooo~
      tipah tertipu. hehehee

      BalasPadam
    2. @nadia
      Erk.. huhu biasa2 sahaja la darling ;)

      BalasPadam
    3. gud luck kak ayu..nnt belanja strobery ek..heheheh

      BalasPadam
    4. bestnyaaa prac kat CH!waaa suka2..heeee

      BalasPadam
    5. sabo2..
      best la dapat hirup udara segar pagi2.. *^_^*

      BalasPadam
    6. bertabah lah kak ayu.mungkin ada hikmah di Ringlet.nnt akak cocok di sana. selamat berpraktikum tecer ayu :-)

      BalasPadam
    7. wah..dekat ngan cameron..leh pesan strawberi-beri ni...heehehe=]

      BalasPadam
    8. hahahhaa... nanti bila kamu turun KL mesti rindu ringlet tahu. suatu waktu dahulu setiap bulan aku sering ke sana. release tension. tapi sejak bukit kayu hitam tu open tak pernah dtg lagi.

      BalasPadam
    9. all da best ye..wah slalu sjuk2 la kt sne..he

      BalasPadam
    10. akak br sekali ke cameron highland,.. seronoknya walaupun macam nak termuntah nak naik,.. bab praktikum tu,.. anggap je sebagai cabaran, makin besar cabaran, makin matang kita dalam dunia perguruan ni, banding jika kurang cabaran yg dihadapi,..akak faham sbb ngajar anak bangsa kita 'lain' banding ajar anak bangsa lain ni.. almaklumlah...

      BalasPadam
    11. waaa..praktikum ek.mesti sejuk kat cni..

      BalasPadam
    12. salam ziarah..
      siyes ni, untung hidup dapat berpraktikum sana-sini..
      keje lain ada?
      tak da...

      nape untung?
      jauh perjalanan luas pengalaman w0o..

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728