Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Usaha Mengajar dan Mendidik Orang Asli

Posted by Ahsfantasy Ryu Selasa, Februari 28 17 Buah Fikiran Pengunjung
Tulisan ini lebih kepada luahan perasaan. Panjang berjela-jela. Kalau takut jemu, tengok gambar sahajalah. *Senyum. Dua minggu lepas pensyarah saya datang ke sekolah untuk menyelia. Melihat sesi pengajran dan pembelajaran saya dalam subjek bahasa Melayu untuk murid tahun 3 seterusnya membimbing saya dalam memperbaiki mutu pengajaran saya dalam bilik darjah.

Saya akui, mengajar murid asli besar juga cabarannya. Taraf pendidikannya rendah jika ingin dibandingkan dengan murid di kampung dan bandar, mungkin disebabkan persekitaran, pemakanan dan juga genetik mereka. 
Sekolah sebelum ini saya mengajar kelas yang terkebelakang, namun ternyata berbeza situasinya kerana kelas tersebut sememangnya menghimpunkan murid-murid yang agak terkebelakang. Namun sekarang, murid saya bercampur-campur. Memang, saya perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Jujurnya, saya kekok.

Murid asli agak rendah keyakinan dirinya, lebih kepada malu dan takut dalam menyuarakan sesuatu, agak pendiam namun ada juga yang nakal. Kita bercakap bahasa Melayu, mereka sibuk bersembang dalam bahasa Semai di belakang, itu biasa.

Bila pensyarah pembimbing datang, saya cuba untuk berlagak biasa, kendali kelas sebaiknya, berikan sedaya yang ada untuk murid-murid saya. Namun atas beberapa faktor, 1 daripada 3 objektif pembelajaran saya gagal dicapai. Waktu tamat  P&P, saya masih berada di langkah 2 pengajaran, langkah untuk mencapai objektif ketiga ditangguhkan, kekangan masa.

Seusai tamat sesi P&P, seperti biasa saya akan menghadap pensyarah pembimbing. Belum sempat pensyarah tanya apa-apa, saya dah mula menangis. Bila ditanya apa yang saya rasa, lagi tak tertahan tangis. Saya tidak kecewa untuk apa yang murid saya lakukan, tapi saya kecewa dengan diri sendiri kerana tidak berjaya memberikan yang terbaik untuk murid saya. Mereka anak didikan, saya pendidik, jika mereka tak terdidik, salah siapa? Saya. 

Rawat hati yang duka lara, makan tengah hari di Big Red Strawberry Farm. Jangan pernah lelah untuk apa yang kita usahakan. Ikhlas itu sumber kekuatan.

P/s: Saya tidak akan berhenti mencuba sedaya yang ada untuk mereka, atas nama Dia yang membantu dan memberikan daya kepada saya.

17 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger