Segala cadangan, perkongsian, komen, kritikan membina, teguran atau apa juga respons kepada pihak penulis, bolehlah diajukan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com. Terima kasih atas kunjungan...

Ramai Benar Yang Berlagak Mahu Jadi Hakim

Posted by Ahsfantasy Ryu Isnin, Februari 20 31 Buah Fikiran Pengunjung
Rasa bahagia kejap bila terima panggilan daripada dia. Malam yang diselubungi kesejukan. Sebelum tidur jom makan jagung mutiara rebusan housemate saya ni! Kalau beli yang dah siap rebus di Kea Farm, RM 2 sebatang. Tapi ni saya beli di pasar malam Berinchang kemudian rebus sendiri, RM 10 untuk 12 batang. Itu pun bergantung pada saiznya juga.

Eh, sebelum tidur saya nak cakap sesuatu. Tentang hakim. Bukan tentang Tuhan atau hakim di mahkamah, tetapi hakim dalam kalangan kita. Yang kononnya rasa layak menghakimi setelah beberapa waktu memerhati. Dosa pahala memang nyata kita lihat, tapi syurga neraka itu kita tidak pasti di mana tempatnya kita atau mereka. Saya yakin, Tuhan maha mengampun, Tuhan maha mendengar. Dia yang lebih arif tentang ciptaanNya.

"Mohon dijauhkan diri yang suka mendoakan keburukan dan kecelakaan terhadap orang lain meski mereka itu suka membuat buruk dan celaka. Tuhan maha adil dan Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya, biar Dia sahaja yang menentukan apa yang selayaknya dihukum. Kita tidak perlu menjadi hakim."

Bila lihat ada yang tersesat atau menyimpang, cepat benar mulut menghukum seolah-olah pendosa itu tiada jalan untuk kembali. Kita siapa? Mulia tanpa cacat cela? Bukan saya menyokong mereka membuat dosa, tapi kita patut tahu yang ruang keampunan tetap ada. Yang perlu dibenci adalah dosanya, bukan dia. Jika sayangkan dia, tolong bawa dia jauh daripada dosa-dosanya. Bukankah itu lebih mulia daripada tidak henti-henti menabur cela dan mendoakan kecelakaannya?

Kita tidak akan pernah tahu penghujung hidup kita bagaimana, apatah lagi penghujung hidup orang lain. Sesiapa sahaja boleh berbuat dosa, tapi kita tidak akan pernah tahu apakah pengakhir hidupnya ditamatkan dengan murka. Mungkin seumur hidupnya dilumur dosa, mungkin juga dia akan jadi lebih baik daripada kita.

P/s: Mendoakan yang baik-baik dan terbaik untuk semua itu bukankah lebih indah daripada mendoakan keburukannya? Oh, selamat malam semua!

31 Buah Fikiran Pengunjung:

Catat Ulasan

Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

...Tulisan Rakan Blogger