Header Ads

  • Latest Posts

    Dia Sudah Terlalu Lama Jaga Rasa Yang Selalu Buat Dia Luka

    Detik waktu yang dilalui bukanlah jarak yang dihampiri. Kamu terlalu jauh dan menjauh. Dalam tangis sendu dia utus rasa rindu. Rasa itu sememangnya tak menentu, sering ingin dia bunuh tapi dia tak mampu. Meski masa perlahan meninggalkan pergi, saat bersama itu buat dia tidak pernah mengenali kamu. Entah siapa yang dia sayang, entah siapa yang dia buru, entah siapa yang saban hari dia tunggu hingga dia longlai rebah di kaki sendiri; berkali-kali. 

    Rasa lelah menzalimi diri sendiri tapi mengapa dia tidak memilih untuk pergi? Dia tidak kuat, dia tidak mampu. Lepaskan sesuatu yang pernah dia rindu itu dia tidak sanggup. Mungkin dia bukan yang setia dan suatu hari nanti dia akan pergi. Dia janji dan kau boleh hitung detik bermula hari ini. Mungkin dia kejam, tapi dia sudah tenat betarung dengan rasa yang tajam. Bila nanti matanya harus pejam, aku doakan dia pejam dengan rasa damai. Dia sudah terlalu lama menjaga rasa yang selalu buat dia terluka. Terlalu.

    22 ulasan:

    1. oit. chill lah! :)
      jangan lama2 sakit.
      get well soon :)

      BalasPadam
    2. Mungkin sudah tiba masanya untuk lepaskan bukan? Moga-moga akan kembali menjumpai lagi rasa yang satu ketika dahulu buat diri dia terluka. Mungkin kali itu, dia akan senyum sahaja.

      (Tak tau apa yang aku merepek. Mohom faham ya. =.=)

      BalasPadam
    3. Mungkin sudah tiba masanya untuk lepaskan bukan? Moga-moga akan kembali menjumpai lagi rasa yang satu ketika dahulu buat diri dia terluka. Mungkin kali itu, dia akan senyum sahaja.

      (Tak tau apa yang aku merepek. Mohom faham ya. =.=)

      BalasPadam
    4. jd pergilah untuk kebaikan diri

      usah terus menyakiti sendiri

      sbb y terseksa hanya kita

      BalasPadam
    5. jd pergilah untuk kebaikan diri

      usah terus menyakiti sendiri

      sbb y terseksa hanya kita

      BalasPadam
    6. jd pergilah untuk kebaikan diri

      usah terus menyakiti sendiri

      sbb y terseksa hanya kita

      BalasPadam
    7. jd pergilah untuk kebaikan diri

      usah terus menyakiti sendiri

      sbb y terseksa hanya kita

      BalasPadam
    8. @reenapple
      mohon dia terima dalam cara yg berbeda,
      kerna rasa ini terlalu serit. sungguh.

      @munna
      kak muna yg comel :D

      @Iffah Afeefah
      dia sedang mengumpul kekuatan.. doakan syg..

      BalasPadam
    9. ah...sedihnya
      kadang aku juga tak mampu bertahan

      BalasPadam
    10. that is complicated....pilih la jalan yang terbaik....

      BalasPadam
    11. Cikgu, amat bermakna kata2 tu...Moga cikgu sihat dan gembira

      BalasPadam
    12. Mohon kekuatan dari DIA, insyaAllah.... Tabah yea

      BalasPadam
    13. terlalu complicated sampai kadang-kadang kita tak paham apa kita nak sebenarnya dan apa yg kita patut kejar. terlalu disakiti tak elok sbb nantinya hati tu makin beku..

      BalasPadam

    Penulis mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat, komen, cadangan penambahbaikan, dan respons untuk untuk meningkatkan mutu kandungan dan penulisan di blog ini. Hantarkan maklum balas melalui ruangan komen atau emelkan kepada penulis melalui emel ahsfantasy24@yahoo.com.

    Jangan lupa untuk menjadi pengikut setia, klik 'FOLLOW' sekarang! (◕‿◕)

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728